Tanaman sayur, bunga tarikan baharu masjid tertua di Ipoh
IPOH – Memanfaatkan ruang dalam kawasan masjid dengan mewujudkan tanaman secara akuaponik menjadi tarikan baharu pengunjung ke Masjid Panglima Kinta di sini.
Masjid berusia 123 tahun yang merupakan bangunan warisan itu kini diserikan dengan 88 pasu tanaman seperti pudina, strawberi, bunga raya dan ros serta penternakan ikan tilapia merah.
Bendahari Masjid Panglima Kinta, Nasir Ismail berkata, projek pertanian bandar yang diusahakan sejak sebulan lalu akan memberi manfaat kepada komuniti setempat.
“Kita mendapat kerjasama Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) yang menyumbang pokok-pokok berkenaan, sekali gus menyahut saranan kerajaan melaksanakan pertanian bandar dalam menghasilkan produk makanan.
“Projek ini merupakan satu inovasi menggabungkan agrikultur dan akuakultur apabila air kolam ikan yang mengalir menyiram pokok menerusi kaedah ‘dripping’ dan najis ikan itu sendiri menjadi baja semula jadi kepada tanaman tersebut,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di masjid berkenaan pada Jumaat.
Ab Wahad diiringi Nasir melihat pokok-pokok yang ditanam di Masjid Panglima Kinta, Ipoh sejak sebulan lalu. – Foto: ihsan PPPNP
Beliau ditemui pada program perasmian ‘Urban Farming Community’ PPPNP yang disempurnakan Orang Besar Jajahan Kinta, Datuk Ab Wahab Azizul Hassan.
Nasir berkata, hasil tuaian tanaman tersebut akan diberikan secara percuma kepada mereka yang mengunjungi masjid tersebut.
“Projek ini bukan bersifat komersial sebaliknya hasil tuaian nanti akan kita agihkan kepada pengunjung yang hadir.
“Secara tersiratnya, projek ini kita dapat mengeratkan silaturahim dan mengimarahkan masjid dengan aktiviti-aktiviti seperti ini,” ujar beliau.
Ab Wahab (kiri) bersama Noorasidi melepaskan ikan tilapia merah simbolik merasmikan ‘Urban Farming Community’ PPPNP di Masjid Panglima Kinta, Ipoh pada Jumaat. – Foto: ihsan PPPNP
Sementara itu, Pengurus Besar Operasi PPPNP, Noorasidi Mohamed Noordin berkata, program itu dapat mendidik komuniti mengenai pertanian bandar yang tidak konvensional.
Beliau menjelaskan, projek itu akan dapat membantu jawatankuasa masjid berkenaan memperoleh pendapatan sampingan hasil daripada tanaman sayur dan penternakan ikan.
“Tanaman ini adalah tanaman kontan yang memerlukan tempoh masa pendek, jadi kita cuba tanaman yang senang dan biasa dulu iaitu pudina dengan strawberi.
“Habis sahaja pusingan penuaian nanti, contohnya pudina, masjid sebenarnya boleh memohon daripada kita untuk tanaman yang lebih komersial seperti sawi yang mudah dikendalikan,” katanya.
Tambah beliau, Masjid Panglima Kinta merupakan masjid kelima yang menjalankan program pertanian bandar tersebut.
JPJ lanjut tempoh diskaun saman sehingga Rabu
Baca Artikel Menarik:
- Kongsi suara suami lafaz cerai buat ramai sebak
- Armada dibawah Wan Fayhsal gagal – Armada Bersatu
- SPRM lucut hak RM540,000, 8 keping emas milik bekas KSU
- Saya akan terus membela diri dan menegakkan kebenaran di mahkamah dunia – Najib
- Netizen geram lihat pelajar jadikan rakan ‘punching bag’
- PrnSarawak: Ali Biju tidak boleh tarik diri
- Ambil kira siasatan ‘pemain utama’ skandal 1MDB
- Ebit Lew bergambar dengan samseng jalanan Rio De Janeiro
- Jejaka Sarawak kahwin dua wanita serentak
- Menteri Kewangan perlu bertaubatlah, banyak kes bunuh, jenayah akibat arak
- Rider ditindas: Mana SUHAKAM? Malulah ada agensi sebegini
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta
You must be logged in to post a comment.