PM setuju tangguh had usia belia
PM setuju tangguh had usia belia
Perwakilan 20 Badan Gabungan (G20) Majlis Belia Malaysia (MBM) gembira apabila Perdana Menteri bersetuju agar had usia maksimum belia ditangguh terlebih dahulu.
Berita gembira itu dimaklumkan menerusi kenyataan akhbar kumpulan berkenaan setelah mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri di Parlimen semalam.
“Sehubungan itu, G20 ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas keprihatinan Perdana Menteri kerana mendengar suara anak muda,” kata jurucakapnya, Fahami Ashrof Badaruddin.
Pada pertemuan tersebut, beliau menyerahkan memorandum selain menyampaikan perasaan terkilan keputusan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pada bulan lalu.
Ia susulan pengumumannya di Parlimen pada 17 November lepas menguatkuasakan pindaan Akta Pertubuhan Belia 2007 bermula 1 Januari depan tanpa ada rundingan dengan MBM.
Isu itu bermula pada 2019 apabila menteri terdahulu ketika era Pakatan Harapan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bertindak meminda akta tersebut dengan tiada perbincangan.
Malah, ia tidak seperti dijanjikan iaitu diturunkan secara berperingkat daripada maksimum 40 tahun kepada 35 tahun, tetapi sebaliknya beliau mengubah terus kepada had usia 30 tahun.
Pindaan kontroversi itu bagaimanapun tidak dilaksanakan penyandang selepasnya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican namun diteruskan pula oleh penggantinya, Ahmad Faizal.
Keadaan itu mengakibatkan lebih 60 ahli G20 mengadakan perhimpunan bantahan di depan bangunan kementerian tersebut pada 25 November lalu kerana berasa tertipu dan dihina.
Mengulas lanjut, Fahami bersyukur Perdana Menteri amat memahami keresahan mereka dan setuju perlu ada transisi mesra bagi memastikan kesinambungan kepimpinan beralih lancar.
“Ini bagi membolehkan badan belia melakukan proses pengkaderan dan seterusnya bersiap sedia menjalani proses peralihan tampuk kepimpinan dalam tempoh mendatang,” jelasnya.
G20 jelas beliau, merakamkan penghargaan atas komitmen diberikan Ismail Sabri dalam isu tersebut dan ia sememangnya kemenangan moral kepada semua 41 badan belia negara ini.
Tambahan pula katanya yang juga Pemangku Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, isu had umur adalah amat sensitif dan perlu ditangani oleh pihak kerajaan dengan penuh berhikmah.
Mereka turut berpuas hati dengan sikap bertimbang rasa Perdana Menteri dan semestinya selaras dengan manifestasi aspirasi Keluarga Malaysia yang diilhamkan oleh beliau sendiri.
Secara kebetulan, pertemuan itu diadakan genap 100 hari pentadbiran beliau di samping memberi khabar gembira dengan jaminan isu tersebut dibangkitkan semula jemaah Kabinet.
Turut serta dalam pertemuan khas tersebut ialah Timbalan Presiden MBM, Muhammad Fadzil Hasan dan Pegawai Khas Perdana Menteri bagi hal ehwal belia, Ammielyya Jusnieza.
Antara ahli G20 ialah Angkatan Belia Islam Malaysia, Majlis Belia Hindu Malaysia, Persatuan Belia Buddha Malaysia, Majlis Belia Felda dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung. Utusan
PM setuju tangguh had usia belia
Baca Artikel Menarik :
- Kongsi suara suami lafaz cerai buat ramai sebak
- Armada dibawah Wan Fayhsal gagal – Armada Bersatu
- SPRM lucut hak RM540,000, 8 keping emas milik bekas KSU
- Saya akan terus membela diri dan menegakkan kebenaran di mahkamah dunia – Najib
- Netizen geram lihat pelajar jadikan rakan ‘punching bag’
- PrnSarawak: Ali Biju tidak boleh tarik diri
- Ambil kira siasatan ‘pemain utama’ skandal 1MDB
- Ebit Lew bergambar dengan samseng jalanan Rio De Janeiro
- Jejaka Sarawak kahwin dua wanita serentak
- Menteri Kewangan perlu bertaubatlah, banyak kes bunuh, jenayah akibat arak
- Rider ditindas: Mana SUHAKAM? Malulah ada agensi sebegini
Layari Laman Facebook MYKMU</a
‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta