Kesan Kes Buli MRSM: Adakah Buli sudah sampai ke tahap serius
SHAH ALAM – Kejadian buli terus berlaku walaupun sudah terdapat banyak kes sebelum ini yang memberikan pengajaran, membuktikan bahawa perbuatan tersebut sudah sampai ke tahap membimbangkan.
Pensyarah dan pakar kriminologi daripada Management and Science University (MSU), Nadiah Syariani Md Shariff berkata, masih ramai tidak sedar dan insaf dengan insiden-insiden buli yang berlaku sebelum ini.
Beliau berkata, pelajar yang melakukan kesalahan buli dilihat berani melakukan perbuatan itu di sekolah sehingga merakamkan ke dalam telefon bimbit dan berkongsi sesama mereka seolah-olah ia satu perlakuan yang membanggakan.
Sehubungan itu, katanya, sudah tiba masa untuk satu pendekatan lebih serius diambil bagi menangani perbuatan buli sama seperti kes jenayah lain.
“Sering kali tingkah laku buli dikenal pasti dengan gelaran atau nama yang kurang serius seperti ‘ragging’ atau gurau (yang melampau) sehingga menjadi budaya normal di asrama, kononnya untuk merapatkan hubungan antara senior dan junior.
“Tingkah laku ini kemudian menjadi budaya dalam asrama dan menjadi satu kitaran berulang di mana apabila pelajar junior menjadi senior, mereka melakukan perkara yang sama kepada pelajar baharu lain pada masa akan datang,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Jumaat.
Nadiah Syariani berkata, penting bagi pelajar untuk mengenal pasti tingkah laku buli kerana kegagalan berbuat demikian menyebabkan laporan tidak dibuat, dan berlaku berulang kali sehingga ia menjadi serius dan berada di luar kawalan.
Beliau sehubungan itu mencadangkan agar kerajaan mewujudkan zero tolerance policy terhadap tingkah laku buli di sekolah dalam menangani perbuatan itu.
Ujarnya, prosedur itu perlu merangkumi semua informasi bagaimana untuk bertindak sekiranya perlakuan buli berlaku.
“Ini termasuk mewujudkan satu prosedur sistematik bermula daripada bagaimana laporan boleh dibuat dan kepada siapa, apa tindakan susulan yang diambil selepas laporan dibuat.
“Siapa yang terlibat dalam menangani dan menguruskan laporan serta jenis tindakan bagaimana boleh diambil untuk menghukum kesalahan buli, mengikut kesesuaian, supaya ia menjadi pengajaran dan tidak berulang lagi.
“Kebanyakan mangsa atau saksi yang melihat kejadian buli tidak membuat laporan kerana tiada apa-apa tindakan dikenakan kepada pembuli.
“Mereka diberitahu perbuatan itu adalah normal dan persediaan untuk menghadapi cabaran di dunia luar kelak, atau saksi rasa takut dengan akibat bakal diterima sekiranya identiti diketahui pembuli,” ujar beliau.
Kesan Kes Buli MRSM: Adakah Buli sudah sampai ke tahap serius
Baca Artikel Menarik:
- Kongsi suara suami lafaz cerai buat ramai sebak
- Armada dibawah Wan Fayhsal gagal – Armada Bersatu
- SPRM lucut hak RM540,000, 8 keping emas milik bekas KSU
- Saya akan terus membela diri dan menegakkan kebenaran di mahkamah dunia – Najib
- Netizen geram lihat pelajar jadikan rakan ‘punching bag’
- PrnSarawak: Ali Biju tidak boleh tarik diri
- Ambil kira siasatan ‘pemain utama’ skandal 1MDB
- Ebit Lew bergambar dengan samseng jalanan Rio De Janeiro
- Jejaka Sarawak kahwin dua wanita serentak
- Menteri Kewangan perlu bertaubatlah, banyak kes bunuh, jenayah akibat arak
- Rider ditindas: Mana SUHAKAM? Malulah ada agensi sebegini
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.