Neelofa ‘junior’ terima hadiah istimewa dari kerabat diraja

PETALING JAYA – Selebriti popular, Neelofa menerima hadiah barangan bayi jenama mewah daripada anakanda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah iaitu Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor, berkongsi perkara tersebut menerusi Instastory yang kemudian dimuat naik dalam satu hantaran status akaun Instagram kelab peminat, @lofa.world.

“Ada hadiah baby Dior lah. So Sweet. Ada kad lagi. Cantiknya tulisan dia (Puteri Iman). Nak kena tutup (jantina bayi) sebab tak boleh bagi tahu,” kata Neelofa dalam video berkenaan.



Dalam kad tertera ucapan Puteri Iman berbunyi: “Doa yang terbaik buat kalian untuk fasa seterusnya dalam kehidupan. Ia akan jadi fasa yang paling menyeronokkan!

“Kalian pasti akan jadi ibu bapa yang hebat. Saya tidak sabar untuk bertemu dengan anak kalian. Harapnya, kalian suka dengan pemberian kecil ini.”

Disebabkan Neelofa menutup satu perkataan dalam kad ucapan berkenaan, ramai dalam kalangan netizen mula galak berteka-teki tentang jantina bayi sulungnya menerusi ruangan komen.

Terdahulu, selepas acapkali membisu, status kehamilan Neelofa, 32, terbongkar apabila peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafie Abdullah, yang mewakilinya dalam satu kes mahkamah mendedahkan wanita itu kini berbadan dua.



Neelofa berkahwin berkahwin dengan pelakon, PU Riz dalam sebuah majlis akad nikah di Kuala Lumpur pada 27 Mac 2021. – K! ONLINE

Neelofa ‘junior’ terima hadiah istimewa dari kerabat diraja


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Armada dibawah Wan Fayhsal gagal – Armada Bersatu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker