Penubuhan ORACO Mampu Perkasa Ekonomi Masyarakat Orang Asli – Ramli Mohd Nor

Penubuhan ORACO Mampu Perkasa Ekonomi Masyarakat Orang Asli – Ramli Mohd Nor

Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Mohd Nor berharap agar penubuhan badan berkanun Orang Asli di Pahang akan menjadi contoh kepada negeri-negeri lain yang mempunyai masyarakat Orang Asli.

Ramli percaya penubuhan Orang Asli Corporation (ORACO) mampu memperkukuhkan dan memperkasakan ekonomi masyarakat Orang Asli di dalam negeri tersebut.

“Kerajaan Negeri Pahang telah memperuntukkan sebanyak RM1 Juta bagi geran kepada ORACO untuk pembangunan masyarakat Orang Asli di Pahang.

“Dengan adanya peruntukan tersebut, ia akan membantu dalam penugasan awal pengurusan.

“Kami Orang Asli Negeri Pahang amat-amat berterima kasih pada Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail Menteri Besar Pahang atas inisiatif penubuhan badan berkanun Orang Asli di peringkat Negeri Pahang ini,” katanya dalam satu catatan di Facebook.

Ramli juga berharap semoga dengan ini langkah ini, pengurusan ORACO boleh menggerakkan langkah pertama bagi mencapai matlamat ORACO bagi memperkukuhkan ekonomi masyarakat Orang Asli di Negeri Pahang. – UMNO ONLINE

Penubuhan ORACO Mampu Perkasa Ekonomi Masyarakat Orang Asli – Ramli Mohd Nor

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tarikh Pengumuman Kadar Jumlah Bonus Dan Dividen ASB 2021

Tolak cinta, kereta dibakar [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker