Apa guna MEDAC buat kursus kalau tiada sijil halal?

Apa guna MEDAC buat kursus kalau tiada sijil halal?

Menteri Pembangunan Usahawan melahirkan rasa kesal apabila sijil halal lewat dikeluarkan sebuah agensi berkaitan sehingga menyukarkan usahawan kecil mengembangkan operasi perniagaan.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, meskipun pihaknya banyak menganjurkan program berkaitan produk halal namun tanpa sijil halal, ia tidak membawa makna malah hanya membantutkan perniagaan usahawan tempatan.

“Saya terima rungutan, sijil halal ini, bukan main susah nak dapat, sebab apa? Bertahun kadang-kala menunggu. Kita bawalah usahawan-usahawan ini.

“Malah saya pernah berdialog dengan usahawan, mereka kata tolonglah Tan Sri, sijil halal ini, lima hingga enam bulan tak dapat lagi.

“Kelulusan sudah bagi, sijil keluar pun sebulan. Kenapa jadi macam ini? Saya malas tuduh mana-mana agensi tapi saya nak cabar, saya nak minta sijil halal ini.

“MEDAC pun ada pelbagai program halal, apa guna MEDAC buat macam-macam program halal kalau pihak yang keluarkan sijil halal susah sangat,” katanya ketika berucap merasmikan kilang Aductive Food Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Kota Puteri, Batu Arang hari ini.

Noh berkata, agensi yang mengeluarkan sijil halal perlu lebih peka dan tidak menyukarkan proses pengesahan jika datang daripada orang Islam.

“Bila orang Islam minta sijil halal, jangan samakan dengan bukan Islam, dia tahu apa itu halal, dari kecil didik dengan halal, apa yang susah sangat.

“Bukan Islam mungkin kita nak kena ajar apa erti halal, mana boleh sama. Kita nak tolong rakyat, nak tolong usahawan, dalam keadaan seperti ini (pandemik Covid-19) jangan buat kerja sama,” tegasnya.

Noh juga menggesa agensi yang berkaitan agar mempercepatkan proses kelulusan itu khususnya melibatkan usahawan Islam di negara ini.

“Yang minta orang Islam, inilah yang saya jawab dalam Parlimen, letih kita, cakap nak tolong bumiputera, sijil halal pun tak dapat, fasal apa?

“Saya nak minta agensi yang keluarkan sijil halal ini tolong keluarkan sijil halal dan turun padang. Jangan duduk dalam pejabat, bila kita panggil baru nak turun, ini masalah kita.

“Rakyat tengah susah di luar sana, jangan buat kerja seperti biasa,” katanya.

Kesal dengan kelewatan insiden itu, Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang itu akan menyuarakan keluhan usahawan itu dalam mesyuarat Kabinet esok.

“Esok, saya nak bangkit (sijil halal) dalam Kabinet, kecewalah kita, dasar sudah betul, pelaksanaan tak betul,” dakwanya. MG

Apa guna MEDAC buat kursus kalau tiada sijil halal?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Arab Saudi dikecam netizen, konsert Bieber halal, Tabligh haram

‘Saya pakai lagi seksi keluar dengan suami’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker