Prestasi keseluruhan Kabinet, 90 peratus – Ismail



Prestasi keseluruhan Kabinet, 90 peratus – Ismail

Prestasi keseluruhan 100 hari Jemaah Menteri berada pada tahap 90 peratus, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, sesetengah prestasi tidak boleh dinilai daripada kaji selidik semata-mata, justeru pencapaian berkenaan bukan alasan untuk menteri dan kementerian mendabik dada tetapi menyuntik kesungguhan untuk terus bekerja bersama rakyat.

“Sasaran penuh Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tidak mustahil untuk dicapai jika seluruh ahli Jemaah Menteri dengan kerjasama penjawat awam menggembleng tenaga dan memberi khidmat yang terbaik serta berkesan, dengan mengetepikan segala karenah birokrasi yang rumit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.




Yang turut hadir, barisan Menteri Kabinet dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali. BH

Prestasi keseluruhan Kabinet, 90 peratus – Ismail


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Arab Saudi dikecam netizen, konsert Bieber halal, Tabligh haram

‘Saya pakai lagi seksi keluar dengan suami’



Leave a Reply

Your email address will not be published.