Ayam: Pemborong rayu harga siling RM8.30, jangan import
PONTIAN: Pemborong dan pembekal ayam meminta kerajaan tidak membawa masuk ayam import selain menetapkan harga siling di pihak mereka pada RM8.30 sekilogram berbanding RM8 bagi mengelak mereka mengalami kerugian.
Keputusan membawa masuk ayam dari luar berisiko `melenyapkan’ pusat-pusat penyembelihan ayam kecil-kecilan terutama dimiliki bumiputera kerana mereka tidak mampu bersaing dengan tawaran ayam import.
Pengarah Urusan NB Poultry Processing Industries Sdn. Bhd., Baharudin Ahmad berkata, harga siling yang dimohon kerana mengambil kira upah memproses ayam 60 sen seekor, pembungkusan sebelum dihantar kepada pelanggan 40 sen dan ayam siap diproses alami susut berat sekitar 350 gram bagi setiap ekor ayam seberat dua kilogram.
Menurut beliau, pihak berkuasa juga seperti terlepas pandang bagi kos penghantaran kerana pemborong atau pembekal perlu mengeluarkan perbelanjaan bagi minyak serta upah pemandu dan pembantu pemandu yang terlibat dalam pembekalan ayam.
Katanya, sekiranya kerajaan mengambil perkiraan seperti itu termasuk harga peruncit, rangkaian yang terlibat termasuk pusat penyembelihan tidak akan terbeban dengan kos yang mereka perlu tanggung.
“Langkah membawa masuk ayam dari luar perlu dikaji semula kerana industri ternakan ayam perlu diberi peluang bersuara, bukan diberikan tekanan jika berlaku isu kenaikan harga.
“Pemborong hanya minta perkiraan kos yang betul, kami bukan fikir untung semata-mata, tetapi cukuplah kos yang dikeluarkan dapat diserap semula,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Baharuddin berkata demikian ketika diminta mengulas langkah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan mengimport 200 hingga 300 kontena ayam sejuk beku seawal minggu depan bertujuan menstabilkan harga ayam di pasaran.
Tambahnya, langkah yang diambil bukan jalan penyelesaian terbaik kerana isu utama seperti dedak ayam dan harga anak ayam masih gagal ditangani kerana faktor itu yang mempengaruhi harga di pasaran ekoran penternak terpaksa menaikkan harga belian di ladang untuk menampung kos.
Ujar beliau, tindakan membawa masuk ayam dari luar juga dikhuatiri akan menyebabkan banyak pusat penyembelihan berskala kecil terpaksa ditutup apabila peruncit mula beralih kepada ayam yang diimport.
“Keadaan ini biasanya akan melibatkan pusat-pusat penyembelihan bumiputera kerana mereka tidak mampu bersaing untuk memasuki pasaran seperti di restoran makanan segera terkenal yang menggunakan ayam sebagai menu utama.
“Maka diharapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Pengguna (KPDNHEP) dan MAFI dapat duduk semeja semula bagi membincangkan masalah harga ayam secara terbuka bersama pemain industri,” jelasnya.
Sementara itu, Pengurus Azmi Fresh Chicken Sdn. Bhd, Mohd. Azmi Abdullah meminta kerajaan menubuhkan sebuah perbadanan bagi mengawal harga dedak yang kini dikawal oleh syarikat-syarikat besar.
Katanya, selagi isu dedak masih membelenggau penternak, maka isu kenaikan harga akan terus berlaku ditambah kenaikan kos-kos lain yang berkaitan industri tersebut.
Beliau juga menyarankan kerajaan menghentikan eksport ayam ke Singapura yang mana menawarkan harga belian ladang lebih menarik kepada penternak sehingga memberikan kesan kepada pengguna tempatan. – UTUSAN ONLINE
Ayam: Pemborong rayu harga siling RM8.30, jangan import
Baca Artikel Menarik:
- Mahathir kata individu minta RM100,000 untuk jumpa menteri’ pada waktu beliau jadi PM kali kedua
- Mahathir dedahkan Tony Pua angkuh, berlagak macam menteri
- Sanusi loklak, Puad pula ada di planet mana?
- Pendaki gunung jumpa harta karun di Mont Blanc
- Drama gay tampil pelakon Islam, JAKIM mahu rujuk SKMM
- Iqbal kecam Vida, nak naikkan gaji RM200 pun sampai bergaduh
- Ingat, Ismail pernah jual ikan di pasar pagi Temerloh
- Propaganda menipu berhubung Kampung Baru
- Model Ukraine jalin hubungan sulit dengan Putera Arab Saudi?
- Akibat kecewa, lelaki sebar video seksnya bersama bekas isteri
- Chanel ‘Koyak’ Dengan Pengguna TikTok Selepas Kalendar Berharga RM3,490 Dikecam
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Warga kota mahu program jualan murah diteruskan