Warga kota mahu program jualan murah diteruskan

Warga kota mahu program jualan murah diteruskan

Program jualan murah atau skim kawalan harga perlu diteruskan dari masa ke semasa bagi membantu rakyat berdepan kos kenaikan harga barang.

Tinjauan MalaysiaGazette sekitar ibu negara mendapati kebanyakan pengguna mahu kerajaan terus membendung kenaikan harga barangan yang berlaku.



Seorang pesara kerajaan, Yaakob Abdul Manaf, 61, berkata, kenaikan harga barang yang berlaku memberi tekanan kepada rakyat terutama kepada mereka berpendapatan rendah.

Menurut Yaakob, apa sahaja program berbentuk jualan murah mahu pun skim kawalan harga perlu dilakukan secara terus bukan pada satu-satu jangka masa sahaja.

“Pada pendapat saya, sedikit sebanyak memang membantu terutamanya mereka yang berpendapatan rendah walau hanya kurang 10 sen atau 20 sen daripada harga asal.

“Sebab itu (program jualan murah) jangan ada masa-masa tertentu sahaja misalnya hampir hendak pilihan raya atau semasa hujung tahun sahaja.



“Janganlah begitu kerana rakyat ini gaji mereka berada pada tahap sama sahaja jadi apa sahaja program yang membabitkan harga barangan keperluan perlu diteruskan,” katanya ketika ditemui hari ini.

Sementara itu, seorang penjawat awam, Nur Syamimi Shamsul, 23, berkata, pihak berkuasa perlu sentiasa turun padang dan memantau harga barangan sama ada di pasar atau pasar raya.

Jelas Nur Syamimi, ini kerana terdapat segelintir peniaga gemar mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang sesuka hati.

“Saya lebih suka berbelanja di pasar raya kerana saya dapati harga barang di pasar lebih mahal.



“Sebab itu kalau ada program jualan murah dan sebagainya kita sebagai rakyat memang kena sokong sebab ia merupakan pilihan kepada orang ramai mendapatkan barangan keperluan pada harga yang lebih murah dan berbaloi,” ujarnya.

Manakala seorang pekerja swasta, Nor Shanida Shaharudin, 43, berpendapat, rakyat perlu bijak memilih untuk berbelanja di lokasi yang menawarkan harga barangan lebih murah.

“Kita kena selalu banding-bandingkan harga kalau tidak memang akan rugi kecuali di kawasan tersebut mereka tiada pilihan lain dan itu sahaja yang ada.

“Tapi jika di bandar-bandar besar kalau boleh pilihlah tempat yang tawar barang lebih murah asalkan ia masih berkualiti,” katanya.



Pada Khamis lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan Program Jualan Keluarga Malaysia yang menawarkan harga barang keperluan harian 20 hingga 50 peratus lebih murah di kesemua 222 kawasan Parlimen. MG

Warga kota mahu program jualan murah diteruskan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Belanja Foto Seksi, Nabila Huda Kena Tazkirah Dengan Netizen

Zeti izinkan wang RM2.6 bilion dibawa masuk?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker