Rahsia angkat Nabila Huda sebagai primadona Malaysia

Rahsia angkat Nabila Huda sebagai primadona Malaysia

Lakonan pelakon, Nabila Huda dalam filem reboot Rahsia menjadi bualan penonton.

Menampilkan Nabila sebagai tunggak utama Rahsia ternyata pilihan yang sangat tepat untuk naskhah berkenaan.



Buktinya, lihat sahaja komen-komen di media sosial rata-ratanya memuji kenerkesanan dan kehebatan lakonan Nabila yang membawakan watak Ramlah.

Malah ada juga mengatakan lakonan Nabila cukup meninggalkan kesan di hati sehingga menggelarkan the next primadona Malaysia.

Sebelum ini, filem terbitan Astro Shaw dan Five Star Trading mendapat pujian pengarah Aziz M Osman.

Rahsia mendapat sentuhan pengarah berbakat, Shamyl Othman iaitu anak kepada sutradara asal naskhah Rahsia 1987, Othman Hafsham.



Manakala skrip pula dihasilkan oleh creator drama premium Astro, One Cent Thief iaitu Alfie Palermo.

Seperti versi asal Rahsia yang membariskan pelakon terkenal negara, versi reboot turut menampilkan wajah-wajah popular.

Watak Ramlah yang dijayakan oleh Noor Kumalasari, kini dilakonkan oleh Nabila Huda. Manakala, watak Hamdan oleh Shukery Hashim digerakkan oleh Fikry Ibrahim.

Barisan pelakon lain termasuk Eman Manan, Marsha Milan, Rashidi Ishak, Qistina Raisah, Syed Ali Murtadha, Mislina Mustaffa, Aloy Paradoks serta Nabil Zakaria di samping penampilan istimewa Othman Hafsham dan Susan Lankester.



Rahsia membawa tagline ‘Dia Takkan Pergi’ manakala lagu berjudul Alunan Lara adalah lagu tema rasmi Rahsia yang dinyanyikan oleh Njwa.

SINOPSIS:

Rahsia membongkar sejarah silam sebuah keluarga. Ramlah pulang bercuti ke rumah ayahnya, Tan Sri Karim bersama suami, Hamdan dan anak-anak, Marina dan Saiful.



Keadaan menjadi keruh apabila Saiful tiba-tiba lesap sewaktu mereka berkelah di tepi pantai.

Pihak polis yakin Saiful hilang di persisiran pantai, namun Ramlah berkeras bahawa anaknya disembunyikan kuasa mistik.

Sementara Hamdan menyertai pihak polis dalam operasi pencarian, Ramlah diganggu oleh kelibat wanita yang menggerunkan.

Walaupun tiada bukti kukuh, Ramlah bertekad untuk berdepan dengan puaka tersebut sekali gus merungkai rahsia di sebalik kehilangan anaknya itu.

Jangan lupa saksikan Rahsia yang kini berada di pawagam seluruh negara.



Rahsia angkat Nabila Huda sebagai primadona Malaysia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini dah nikah?



Puteri Sarah mahu saman, ini teguran Yusof Haslam

DSV jangan takbur sangat

Guru benarkan pelajar Hindu pukul pelajar Islam di India

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker