Kanak-kanak 4 tahun maut tertelan paku tekan

WASHINGTON : Seorang kanak-kanak berusia empat tahun maut selepas tertelan sebiji paku tekan yang digunakan ibunya untuk menggantung poster pembelajaran di rumah di Graham, Washington.

Kanak-kanak malang itu, Axel, tidak dapat diselamatkan selepas paku tekan itu mengenai paru-paru kirinya dan menyebabkan dia tidak dapat bernafas.

Ketika kejadian, ibu kanak-kanak itu, Ayla Rutherford, 29, sedang mandi, sebelum mendengar jeritan salah seorang ahli keluarga yang menyedari insiden.



Apabila tiba di bilik berkenaan, Axel didapati tidak sedarkan diri dan suaminya, Josh, 29, sedang berusaha menyelamatkan kanak-kanak itu.

Axel kemudian dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia selepas seminggu diberi rawatan.

Pasangan itu juga mengingatkan orang ramai agar menjauhkan anak-anak kecil daripada peralatan seperti paku tekan di rumah.



Sumber: The Sun

Lelaki telan 250 paku



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker