Akauntan antara dikait dengan ‘Hot Daddy’ miliki video lucah

Akauntan antara dikait dengan ‘Hot Daddy’ miliki video lucah

Enam wanita termasuk seorang akauntan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan memiliki video lucah yang dikaitkan dengan bapa tiga anak dikenali ‘Hot Daddy’.

‘Hot Daddy’ atau nama sebenar Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, sebelum ini didakwa mengiklankan khidmat persundalan menerusi aplikasi X.

Empat daripada wanita berkenaan termasuk seorang penuntut universiti, didenda di antara RM2,500 dan RM4,800 selepas mengaku salah atas tuduhan memiliki video lucah bagi maksud menunjukkannya secara awam.

Tertuduh yang mengaku salah itu adalah Nurnabilah Ayuni Hanafi (penganggur), 22; Amira Natasha Mohammad (pemandu pelancong), 26; Nur A’liaa Muhamad Rosly (penuntut universiti), 22; dan Farah Adila Hanum Khairuddin (eksekutif pemasaran), 36.

Nurnabilah Ayuni dan Amira Nastasha yang didakwa di hadapan Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim masing-masing didenda RM3,000 manakala Farah Adila yang didakwa di hadapan Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim didenda RM2,500 dan Nur Aliaa yang didakwa di hadapan Majistret Illi Marisqa Khalizan pula didenda RM4,800.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat unit Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Wangsa Maju semalam mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mereka juga diperintahkan dipenjara antara sebulan dan enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Sementara itu, pelajar kolej swasta, Felecia Lisa Nandong ,21, dan akauntan, Norfatihah Ramle, 30, yang turut didakwa tuduhan sama, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan masing-masing dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izzah Shaharuddin dan Majistret S Arunjothy.

Mahkamah kemudian membenarkan Felecia diikat jamin RM2,000 dan Norfatihah diikat jamin RM3,000 dan menetapkan 12 Mac dan 26 Mac ini bagi sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurhafiezah Mohamed Fauzi, Nadia Eleena Jamaluddin Akbal, Zuhairi Osman, Sheryn Yong Shi Yee dan Nor Aisyah Mohamed Zanyuin.

Jumaat lalu, lelaki tiga anak dikenali ‘Hot Daddy’ yang ditahan kerana merakam dan menjual aksi hubungan intim melalui aplikasi X, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Hasli Ikhwan Arif dan dua teman wanitanya Norhidayah Mahadi, 24, dan Norshazrina Md Zamri, 27, mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34, kerana mempromosikan aktiviti seks untuk keuntungan.

Mereka ditahan pada 17 Januari lalu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman dalam serbuan di sebuah rumah di Janda Baik, Pahang.

Siasatan oleh JSJ sebelum ini mendapati suspek menjual video berkenaan dalam aplikasi X dengan kadar RM100 bagi 200 video sebulan dan RM20 bagi 13 video sebulan. BH

Akauntan antara dikait dengan ‘Hot Daddy’ miliki video lucah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aksi lucah, Siskaeee mengakui sakit mental

Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi (Video)

Peniaga putu bambu menang RM1 juta, BMW X5

Kediaman Najib lengang tanpa penghuni

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker