Seorang maut, 6 kakitangan Jabatan Kesihatan cedera
Seorang maut, 6 kakitangan Jabatan Kesihatan cedera
KOTA TINGGI: Seorang lelaki maut, manakala enam petugas kesihatan cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 58.0 Jalan Johor Bahru-Mersing, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 8 pagi berhubung kemalangan membabitkan kereta Proton Wira dan kereta Toyota Innova milik Jabatan Kesihatan Negeri Johor.
Katanya, lelaki berusia 50 tahun yang bekerja di kilang proses batu meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala enam petugas kesihatan berusia 30 hingga 50 tahun cedera ringan.
Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu pekerja kilang terbabit hilang kawalan ke lorong bertentangan dan dirempuh kenderaan Jabatan Kesihatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.
Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Rafi Mohd Nor berkata mangsa, Azhar Wakeo, 50, tersepit dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala enam mangsa cedera ringan,” katanya. BH
Seorang maut, 6 kakitangan Jabatan Kesihatan cedera
Baca Artikel Menarik :
- PrnSarawak: Beranikah Bersatu pecat Ali Biju?
- Dividen ASB lebih tinggi?
- Padah melalak tengah hutan, wanita disampuk
- 299 individu ‘kantoi’ kolam renang jadi ‘port’ parti liar
- Kronologi Berfakta Sanggah Dakwaan Kononnya UMNO Khianati Piagam Muafakat Nasional
- Patutlah saya telefon tak jawab, rupanya awak dah meninggal
- Merdeka 118 ikut bentuk jari Satu Malaysia Najib?
- Mengapa Mahathir, Muhyiddin bisu mengenai dakwaan suami Zeti terima dana 1MDB
- Demi ‘Nasi Kandar’ pelanggan sanggup beratur lebih setengah kilometer
- Remaja maut terkejut disergah hantu
- Shaheizy Sam semakin pulih
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Gelagat Sekumpulan Lelaki Keluarkan Mayat Rakan Dari Keranda Untuk Dibawa Berjalan [VIDEO]
Try It! This Tunnel Leads You On A Hike With A Scenic View Of Malaysia’s Tallest Highway [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.