Ebit Lew ziarah abang kawasan di Brazil

Ebit Lew ziarah abang kawasan di Brazil

Misi kemanusiaan digerakkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew di Sao Paolo, Brazil memasuki satu kawasan yang dikatakan bahaya di bandar itu.

Dalam catatan terbaharunya, beliau menulis, pasukannya menziarahi ‘abang kawasan’ di salah satu kawasan bahaya tersebut.

“Terkejut dengan layanan baik ketuanya dan orang di situ. Terasa macam dah lama kenal. Bawa bantuan dan kasih sayang buat mereka.

“Mereka hidup susah. Anak-anak tak sekolah. Sebelum ini duduk dalam khemah. Sekarang dapat bilik kecil duduk dengan keluarga,” katanya.

Menurut Ebit Lew, ketuanya baik sangat walaupun orang kata macam mafia.

“Katanya 25 jam tuan fly untuk bantu kami. Ramai tengok janggut saya dan pakaian saya. Ada ajak ambil gambar kerana suka janggut. Terima kasih kerana datang beri bantuan pada kami. Semua datang dekat mesra dan tanya macam-macam soalan. Semoga hidup mereka dimudahkan dan sentiasa diberi kebaikan,” tulis Ebit Lew. Utusan

Ebit Lew ziarah abang kawasan di Brazil


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Gelagat Sekumpulan Lelaki Keluarkan Mayat Rakan Dari Keranda Untuk Dibawa Berjalan [VIDEO]

Try It! This Tunnel Leads You On A Hike With A Scenic View Of Malaysia’s Tallest Highway [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker