Buaya sesat dalam tasik Taman Dengkil Jaya
Buaya sesat dalam tasik Taman Dengkil Jaya
Penduduk sekitar Taman Dengkil Jaya, Dengkil dekat sini dinasihatkan tidak membuat sebarang aktiviti air selepas seekor buaya dewasa dilihat berenang di dalam tasik taman perumahan itu, lewat petang tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata kehadiran buaya dianggarkan berukuran panjang 2.1 meter disedari beberapa orang awam sebelum dilaporkan kepada pihak bomba.
“Kita menerima laporan pada jam 8.29 malam dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya diarahkan ke lokasi untuk membuat pemantauan.
“Apabila tiba di lokasi, didapati terdapat seekor buaya dewasa di dalam tasik itu yang dipercayai tersesat dari sebuah sungai berhampiran.
“Pasukan bomba tidak menjalankan sebarang penangkapan, sebaliknya memasang pita keselamatan di sekitar kawasan tasik serta menampal tanda amaran terdapat buaya di tasik berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya lagi, penduduk setempat dinasihatkan tidak membuat sebarang aktiviti di dalam tasik atau kawasan berhampiran tasik.
Tambah beliau, perkara itu dirujuk kepada Pejabat Perhilitan Hulu Langat untuk tindakan lanjut. BH
Buaya sesat dalam tasik Taman Dengkil Jaya
Baca Artikel Menarik :
- PrnSarawak: Beranikah Bersatu pecat Ali Biju?
- Dividen ASB lebih tinggi?
- Padah melalak tengah hutan, wanita disampuk
- 299 individu ‘kantoi’ kolam renang jadi ‘port’ parti liar
- Kronologi Berfakta Sanggah Dakwaan Kononnya UMNO Khianati Piagam Muafakat Nasional
- Patutlah saya telefon tak jawab, rupanya awak dah meninggal
- Merdeka 118 ikut bentuk jari Satu Malaysia Najib?
- Mengapa Mahathir, Muhyiddin bisu mengenai dakwaan suami Zeti terima dana 1MDB
- Demi ‘Nasi Kandar’ pelanggan sanggup beratur lebih setengah kilometer
- Remaja maut terkejut disergah hantu
- Shaheizy Sam semakin pulih
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Gelagat Sekumpulan Lelaki Keluarkan Mayat Rakan Dari Keranda Untuk Dibawa Berjalan [VIDEO]
Try It! This Tunnel Leads You On A Hike With A Scenic View Of Malaysia’s Tallest Highway [VIDEO]