Umrah sistematik, jalani ibadah dengan selesa dan tenang

Umrah sistematik, jalani ibadah dengan selesa dan tenang

“INILAH pertama kali saya tidak berhimpit dan dapat menunaikan ibadah dengan tenang sepanjang mengerjakan umrah,” kata Ida Riswana Idris ketika berkongsi pengalamannya mengerjakan umrah awal bulan lalu selepas lebih setahun Tanah Suci tidak menerima jemaah dari luar negara ekoran pandemik Covid-19.

Sebagai Pengarah dan Penasihat Undang-Undang di syarikat pengendali pakej ibadah haji dan umrah popular negara, Andalusia Travel & Tours yang sering dijemput sebagai tetamu Allah mengerjakan ibadah tersebut, Ida Riswana mengakui, dia tidak terkecuali daripada dihimpit rasa bimbang pada awalnya.

Selain gusar akan jangkitan Covid-19 yang masih belum reda dek kemunculan varian-varian terkini, pelaksanaan norma baharu menggunakan aplikasi Tawakkalna dan Eatmarna menyebabkan dirinya turut tertanya-tanya bagaimanakah keadaannya sebaik tiba di sana nanti.

Bagaimanapun, segala keresahan yang bermain di minda wanita ini lenyap sebaik kaki dijejakkan di Mekah.

Biarpun pelaksanaan ibadah-ibadah di Tanah Suci sudah boleh dilakukan seperti dahulu iaitu tanpa penjarakan dan saf boleh dirapatkan, tetapi kali ini segalanya dilakukan secara begitu teratur dan terkawal dengan ‘seliaan’ aplikasi berkenaan.


CONTOH aplikasi Eatmarna yang digunakan jemaah sepanjang berada di Tanah Suci.
Malahan katanya, situasi itu dilihat sebagai sinar baharu kerana berjaya memberi kemudahan buat para jemaah untuk menunaikan ibadah dengan lebih tenang dan selesa.

“Saya berasa sungguh seronok dan bersyukur kerana berpeluang fokus kepada ibadah tanpa halangan atau berasak-asak sehingga terpijak jemaah lain seperti sebelum ini.

“Apabila kesemuanya telah disusun dalam aplikasi, ia menjadi lebih teratur dan ibadah dapat dijalankan dengan selesa serta sempurna, memandangkan setiap individu telah diberi slot waktu masing-masing untuk beribadah.

“Berbeza dahulu, ketika berpeluang menunaikan ibadah umrah hampir setiap bulan, saya sering terfikir bagaimana mahu menyusun kesemua jemaah kerana keadaan di situ terlalu padat. Tetapi dengan norma baharu ini, barulah saya sedar semuanya boleh dilakukan menggunakan sistem seperti Tawakkalna dan Eatmarna,” ceritanya. K Online

Umrah sistematik, jalani ibadah dengan selesa dan tenang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki

Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker