Penduduk tanam pokok pisang tengah jalan kerana tidak puas hati jalan berlubang

Sebaran :

Penduduk tanam pokok pisang tengah jalan kerana tidak puas hati jalan berlubang

KULIM: Penduduk di pekan Junjung di sini, terkejut melihat dua pokok pisang ditanam di dalam lubang di tengah jalan di kawasan tersebut semalam.

Pokok pisang nangka setinggi hampir dua meter itu ditanam secara berasingan di Jalan Komersial Junjung dan sepokok lagi di tengah jalan pusat penjaja.

Tindakan tersebut dipercayai dilakukan oleh individu di pekan tersebut yang tidak berpuas hati dengan keadaan jalan tersebut yang berlubang sejak dua tahun lalu.



Seorang penduduk Wan Cik Ismail, 70, dia menyedari pokok pisang tersebut ditanam di jalan tersebut pada pagi semalam.

Menurutnya, dia tidak menolak kemungkinan pokok pisang itu ditanam sebagai tanda tidak berpuas hati dengan keadaan jalan tersebut yang rosak dan tidak diperbaiki oleh pihak berkuasa tempatan.

“Setakat ini, tidak diketahui individu yang terlibat menanam pokok pisang di jalan tersebut,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Bagaimanapun pokok pisang tersebut telah dibuang oleh Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) kira-kira pukul 11 pagi semalam.



Seorang penduduk, Lit Ahmad, 80, berkata, masalah jalan rosak di kawasan itu berlaku sejak lebih dua tahun lalu namun tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa tempatan memperbaiki jalan tersebut.

Katanya, tindakan menanam pokok pisang itu diambil mungkin setelah tidak tahan lagi dengan keadaan jalan yang rosak sehingga mengundang bahaya kepada pengguna.

“Saya harap pihak berkaitan dapat mengambil tindakan segera membaik pulih jalan yang rosak itu selepas ini,” ujarnya.

Aishah Abd. Kadir, 29, pula berkata, tindakan tersebut diharap dapat ‘membuka mata’ pihak berkuasa tempatan mengenai keadaan jalan di kawasan itu yang rosak teruk.



“Walaupun difahamkan masalah jalan rosak di kawasan tersebut telah dilaporkan kepada pihak berkuasa tempatan tetapi tiada tindakan diambil untuk keselesaan pengguna,” katanya. Utusan

Penduduk tanam pokok pisang tengah jalan kerana tidak puas hati jalan berlubang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki

Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *