Jalan di Serian macam di Kuala Lumpur – Abang Jo

Jalan di Serian macam di Kuala Lumpur – Abang Jo

SERIAN: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan penghargaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang meneruskan projek Lebuhraya Pan Borneo di negeri ini.

Beliau menyifatkan kestabilan kerajaan Persekutuan membolehkan fasa dua projek lebuh raya itu dapat diteruskan termasuk jalan di Serian.

“Jalan di Serian sudah macam di Kuala Lumpur. Serian sudah berubah menjadi bandar yang kacak dan moden.

“Sebab itu, kita kena rapat dengan kerajaan Persekutuan. Kita bertuah kerana ada kerajaan yang stabil dengan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kita,” katanya ketika perasmian pembukaan Jalan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Pakej 03 bagi Seksyen Serian, hari ini.

Pada masa, katanya, Ismail Sabri menunjukkan bahawa beliau ikhlas membangunkan Sarawak.

“Dengan kerjasama erat kerajaan Persekutuan dan negeri, hasilnya terlaksana Lebuhraya Pan Borneo dan fasa dua berlaku di bawah Ismail Sabri yang memang berniat untuk bangunkan Sarawak.

“Sebab itu dasar kerajaan perlu diambil kira supaya kita mempunyai mandat besar bagi meneruskan usaha pembangunan di negeri Sarawak. Kita akan terus bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan supaya apa yang diimpikan rakyat menjadi realiti,” katanya. Utusan

Jalan di Serian macam di Kuala Lumpur – Abang Jo


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki

Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker