Langkah kerajaan kawal penularan varian Omicron antara yang terketat di dunia

 

SHAH ALAM – Kerajaan dilihat mengawal ketat dalam memastikan penularan varian Omicron Covid-19 dari terus merebak di dalam negara ini tidak berlaku.

Meskipun terdapat satu kes dicatatkan oleh pengembara luar di Ipoh, Perak, namun langkah drastik terus diambil bagi mengesan varian tersebut daripada terus menular dalam persekitaran.

Jelas terbukti apabila kerajaan telah mula menutup pintu negara daripada negara yang mempunyai varian tersebut untuk masuk ke negara ini.

Bagi memastikan ia tidak terus menular, kerajaan juga memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada berkaitan kemasukan pekerja asing ke negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, SOP itu diperketatkan mengikut persetujuan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memastikan setiap individu yang memasuki negara ini tidak membawa virus berbahaya itu.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga sedang menyiasat punca jangkitan kes indeks positif Covid-19 varian Omicron yang dikesan di negara ini pada Khamis.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ini kerana kes indeks tersebut telah menjalani ujian saringan Covid-19 prapelepasan sebelum memasuki negara ini dari Singapura pada 19 November lepas.

Dalam perkembangan lain, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan bahawa kes varian Omicron telah dikesan di kira-kira 40 negara di enam benua.

Langkah kerajaan kawal penularan varian Omicron antara yang terketat di dunia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Muafakat Nasional tidak ditubuhkan untuk disertai Bersatu’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker