Wanita maut, dua anak saudara cedera kemalangan dua kereta

 

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Kilometer 82, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Bidor hari ini. – UTUSAN/IHSAN JBPM PERAK.

 

TAPAH: Seorang wanita maut manakala dua anak saudaranya cedera apabila kereta dinaiki terlibat kemalangan dengan sebuah kereta lain di Kilometer 82, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Bidor di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 8.20 pagi itu mengorbankan Asmawati Hashim, 57, yang meninggal dunia pada pukul 12.24 tengah hari di Hospital Slim River.

Anak saudara Asmawati berusia 24 tahun yang memandu Perodua Bezza dan adik perempuannya berusia 14 tahun cedera dan luka di beberapa bahagian badan.

Difahamkan, ketiga-tiga mereka dalam perjalanan ke Rawang untuk menziarahi  ahli keluarga yang terlibat kemalangan.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kemalangan tersebut membabitkan kereta dinaiki mangsa dan sebuah kereta jenis BMW dipandu lelaki berusia 63 tahun.

Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, kereta dipandu wanita berusia 24 tahun itu telah masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta mewah yang dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Manjung.

“Akibat pelanggaran itu, dua beradik terbabit mengalami luka di bahagian muka dan tangan.

“Ibu saudara mereka yang cedera dan luka di bahagian muka, tangan dan kaki, dihantar ke Hospital Slim River untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia di sana,” katanya.

Menurut beliau, nahas berlaku di jalan lurus menuruni bukit dan kedua-dua kereta mengalami kerosakan teruk pada bahagian hadapan kenderaan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Wanita maut, dua anak saudara cedera kemalangan dua kereta


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hannah Yeoh bertudung ketika melawat masjid, ada Pemimpin DAP melompat

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker