Ahli Parlimen New Zealand Berbasikal Ke Hospital Ketika Hendak Bersalin

Ahli Parlimen New Zealand Berbasikal Ke Hospital Ketika Hendak Bersalin

SEORANG ahli parlimen New Zealand menjadi tajuk berita antarabangsa selepas dia berbasikal ke hospital untuk melahirkan bayi, pada Ahad.

Menerusi catatan di media sosialnya, Julie Anne Genter menunggang basikalnya pada awal pagi Ahad dan menuju ke hospital ketika dia mula mengalami sakit hendak bersalin.



Genter tiba di hospital dengan selamat dan melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat, sejam kemudian.

Genter yang merupakan seorang penyokong sukan berbasikal, menulis di dalam perkongsian di Instagram bahawa dia sama sekali tidak berniat untuk berbasikal ketika mahu melahirkan bayi.



Jelas ahli parlimen yang berusia 41 tahun itu, sebaliknya insiden tersebut berlaku secara spontan.

Genter memberitahu bahawa kontraksinya ‘tidak begitu teruk’ pada peringkat awal.

Bagaimanapun, kontraksi semakin kuat apabila dia tiba di hospital kira-kira 10 minit kemudian.

“Pada pukul 3.04 pagi ini, kami mengalu-alukan ahli keluarga terbaru. Saya benar-benar tidak merancang untuk berbasikal semasa bersalin, tetapi ia akhirnya berlaku,” tulisnya.



Menerusi perkongsian di laman Instagram beberapa jam kemudian, Genter turut memuat naik gambar suami dan bayinya. –India.com

Ahli Parlimen New Zealand Berbasikal Ke Hospital Ketika Hendak Bersalin

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki



Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker