Wanita bibir terbesar dunia mahu besarkan lagi bibir
SOFIA – Seorang wanita dari Bulgaria yang dipercayai memiliki ‘bibir terbesar di dunia’ mahu membesarkan lagi bibirnya dengan menjalani prosedur suntikan kali ke-27 pada Hari Krismas nanti, lapor akhbar Daily Star kelmarin.
Andrea Ivanova, 24, menjadi tajuk utama berita selepas menunjukkan foto bibirnya yang sangat besar.
Wanita yang membelanjakan sebanyak £5,000 (RM27,993) untuk bibirnya sahaja berkata, dia tidak merancang untuk berhenti melakukan prosedur tersebut dalam masa terdekat.
Ivanova juga turut merancang untuk memanjangkan wajahnya dan mengubah bentuk dagu serta rahangnya.
Menurut wanita itu, bibirnya yang besar bukan sahaja meningkatkan keyakinan diri, malah ia juga membantunya mendapatkan 8,000 pengikut di laman sosial Instagram dengan ramai lelaki menawarkan wang kepadanya.
Biarpun kerap melakukan suntikan bibir, Ivanova tidak bimbang bibirnya i ‘pecah’ satu hari nanti.
“Saya amat menyukainya dan rasa lebih baik dengan bibir ini,” katanya.
Ivanova kali pertama menyuntik bibirnya dengan asid hyaluronik pada 2018 dan akan menambahnya setiap bulan kerana amat menyukai bibir tebal dan mungil. – AGENSI
Wanita bibir terbesar dunia mahu besarkan lagi bibir
Baca Artikel Menarik:
- Sharifah Shahira kena kecam kerana Mail JDT
- Emma Maembong masih berkawan dengan bekas kekasih
- Permohonan Najib masukkan bukti baharu didengar 7 Disember
- Jangkitan semula akibat Omicron 3 kali ganda – Penyelidik
- Fatia artis global TikTok pertama dari Malaysia
- Siang bawa mayat, malam angkut sampah
- Penternak ayam ‘selesa’, peniaga yang tersepit
- Muafakat Nasional, 191 bahagian UMNO akan putuskan
- Pemandu lori tikam bapa selepas terdengar bisikan
- Datuk Paiman akhirnya ke penjara 13 tahun
- Orang ramai sah perlu divaksin setiap tahun-CEO Pfizer
Layari Laman Facebook MYKMU.NET