Gunung berapi Semeru meletus cetus panik [VIDEO]

Gunung Semeru meletus dan mengeluarkan asap tebal sehingga menyebabkan penduduk setempat bertempiaran lari menyelamatkan diri. – BNPB

 

JAKARTA – Gunung berapi Semeru yang terletak dalam wilayah Jawa Timur meletus hari ini dengan mengeluarkan asap tebal sehingga menyebabkan penduduk setempat bertempiaran lari menyelamatkan diri, lapor laman berita Tribunnews hari ini.

Setakat petang tadi, gunung tertinggi di Pulau Jawa itu masih mengeluarkan kepulan asap tebal sehingga menyebabkan beberapa kawasan lereng gunung seperti daerah Pronojiwo dan Candipuro diselaputi hujan abu.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, semua penduduk yang tinggal berdekatan telah diminta meninggalkan rumah masing-masing,” kata Ketua Kampung Sumbermujur, Syafii.

Sementara itu, seorang penduduk setempat, Giri berkata, lahar gunung berapi mula dilihat sejak semalam iaitu kira-kira pukul 6 petang (waktu tempatan) yang turut disertai dengan bunyi seperti guruh kuat.

“Amat menakutkan. Sejak malam semalam saya mula terdengar bunyi seperti guruh yang kuat,” ujarnya.

Kali terakhir Gunung Semeru memuntahkan lahar sejauh 1 kilometer adalah pada 27 Ogos lalu. – Agensi

Gunung berapi Semeru meletus cetus panik [VIDEO]


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Demi Anak, Ibu Sanggup Bergelut Dengan Harimau Bintang Tanpa Guna Senjata! [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker