Demi Anak, Ibu Sanggup Bergelut Dengan Harimau Bintang Tanpa Guna Senjata! [VIDEO]

Demi Anak, Ibu Sanggup Bergelut Dengan Harimau Bintang Tanpa Guna Senjata!

SEORANG wanita dari Kampung Badi Jhiriya di Madhya Pradesh, India menjadi sebutan ramai apabila berani melawan seekor harimau bintang tanpa apa-apa senjata demi menyelamatkan anaknya.

Ketika kejadian, wanita bernama Kiran dari suku kaum Baiga itu sedang duduk mengelilingi unggun api bersama tiga anaknya di luar pondok mereka.

Dalam sekelip mata, seekor harimau bintang muncul secara tiba-tiba dan melarikan seorang anak kecilnya, Rahul.

Tanpa berfikir dua kali, Kiran segera menyuruh dua lagi anak lelakinya masuk ke dalam pondok, manakala dia sendiri memburu haiwan berkenaan yang melarikan anak kecilnya ke dalam hutan.

https://twitter.com/i/status/1465951939967942658

Kiran hanya menggunakan sebatang kayu untuk menakut-nakutkan haiwan berkenaan.

“Harimau bintang itu mungkin takut dengan keberanian Kiran dan ia meninggalkan kanak-kanak itu.

“Ketika Kiran segera memeluk Rahul, haiwan itu sekali lagi menyerangnya. Bagaimanapun, Kiran nekad bergelut dan berjaya membuatkan haiwan berkenaan lari,” kata pegawai itu.

Kedua-dua beranak itu selamat, namun Rahul mengalami kecederaan luaran. – India.com

Demi Anak, Ibu Sanggup Bergelut Dengan Harimau Bintang Tanpa Guna Senjata!

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki

Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker