Lelaki buat kacau di HKL alami penyakit bipolar
KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan seorang lelaki yang dirakam menjerit dan menyanyi di hadapan Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini pada Khamis mengalami gangguan mental.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya mengesan video berdurasi 1 minit 47 saat berkenaan yang dimuatnaik oleh pemilik akaun TikTok bernama Zackroyeo sekitar jam 4.11 petang pada Jumaat.
“Hasil siasatan mendapati individu tersebut berada di Jabatan Kecemasan HKL bersama keluarga untuk mendapatkan rawatan susulan kerana mengalami penyakit bipolar mood disorder.
“Kejadian tersebut berlaku pada Khamis jam lebih kurang 8.30 malam dan kereta peronda (MPV) telah menghala ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan pusat kawalan daerah Dang Wangi,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Noor Dellhan berkata, individu tersebut berjaya ditenangkan dan dibawa masuk ke dalam wad untuk menerima rawatan.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya berhenti menyebarkan klip video berkenaan untuk mengelakkan kegusaran awam.
Lelaki buat kacau di HKL alami penyakit bipolar
Baca Artikel Menarik:
- Sharifah Shahira kena kecam kerana Mail JDT
- Emma Maembong masih berkawan dengan bekas kekasih
- Permohonan Najib masukkan bukti baharu didengar 7 Disember
- Jangkitan semula akibat Omicron 3 kali ganda – Penyelidik
- Fatia artis global TikTok pertama dari Malaysia
- Siang bawa mayat, malam angkut sampah
- Penternak ayam ‘selesa’, peniaga yang tersepit
- Muafakat Nasional, 191 bahagian UMNO akan putuskan
- Pemandu lori tikam bapa selepas terdengar bisikan
- Datuk Paiman akhirnya ke penjara 13 tahun
- Orang ramai sah perlu divaksin setiap tahun-CEO Pfizer
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hannah Yeoh bertudung ketika melawat masjid, ada Pemimpin DAP melompat
You must be logged in to post a comment.