PRN Sarawak: Tiada perarakan iring calon pada hari penamaan
PETALING JAYA: Tiada perarakan mengiringi calon yang bertanding diadakan pada hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN-12), Isnin ini, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Setiausaha SPR Ikmalrudin Ishak berkata, ia susulan ketetapan yang melarang sebarang aktiviti berkumpul diadakan sepanjang hari berkenaan.
“Hanya calon, pencadang dan penyokong calon sahaja dibenarkan masuk ke Pusat Penamaan Calon (PPC). Penyokong parti politik yang diwakili oleh bakal-bakal calon tidak dibenarkan hadir ke PPC.
“Aktiviti berkumpul dan perarakan oleh penyokong calon bertanding juga tidak dibenarkan di mana-mana tempat sepanjang hari penamaan calon,” katanya dalam kenyataan, hari ini, menurut laporan Harian Metro.
Menurutnya, SPR juga akan memudahkan proses penamaan itu dengan meminta bakal calon mengisi dan membuat semakan awal pengisian borang dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat PRN Sarawak sebelum hari penamaan calon.
Katanya, mereka menyarankan bakal-bakal calon membuat pembayaran deposit lebih awal dan resit pembayaran hendaklah dibawa pada hari penamaan sebagai bukti bayaran.
“Ini adalah untuk memastikan semua proses penamaan calon dapat diselesaikan lebih awal dan berjalan lancar,” katanya.
Selain itu, Ikmalrudin berkata, kertas penamaan calon boleh dikemukakan bermula jam 9 pagi sehingga 10 pagi kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) di 82 PPC.
“Kita ingin mengingatkan calon yang mewakili mana-mana parti politik bahawa surat kebenaran untuk menggunakan simbol parti yang diwakili hendaklah dikemukakan semasa menyerahkan Kertas Penamaan Calon.
“SPR berharap proses penamaan calon berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini, khususnya yang boleh mengganggu ketenteraman awam,” katanya.
PRN Sarawak: Tiada perarakan iring calon pada hari penamaan
Baca Artikel Menarik:
- Tempat Viral Tengok Kapal Terbang Ditutup
- Lelaki beli Lamborghini, Rolex guna dana bantuan Covid-19
- Nadia Brian tak tolak kalau dah jodoh
- JDT kalah bagus sebagai wake up call – TMJ
- Dakwa adik dipukul di kem, hubungi saya segera – Hishammuddin
- 445 pelajar berhenti sekolah untuk kahwin
- 7 Beautiful Gems In Malaysia You Confirm Wanna Bookmark For Your Next Trip
- Air banjir jernih seperti kolam (Video)
- Suami cekup isteri bersekedudukan bersama lelaki lain
- Pantun sindir JDT Sanusi curi tumpuan
- Mengapa Manusia Selepas Adam Diciptakan Dari Air Mani Dan Bukan Tanah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Najib ke Mahkamah Bagaikan Bertinju Sebelah Tangan Diikat Di Belakang
You must be logged in to post a comment.