Selagi COVID-19 ada, peningkatan kos bisnes tidak dapat dielak – Ameer Ali Mydin [VIDEO]

Selagi COVID-19 ada, peningkatan kos bisnes tidak dapat dielak – Ameer Ali Mydin

Segala jenis perniagaan tidak dapat elak daripada meningkatkan kos perkhidmatan mahupun produk untuk terus bertahan selagi ancaman COVID-19 masih ada.

Kata Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin, ini kerana mereka terpaksa menanggung kerugian disebabkan oleh kekangan SOP yang mengehadkan operasi mereka.

“Selagi COVID-19 masih ada, selagi itu kita kena ada penjarakan sosial 1 meter.

“Kalau anda ke restoran mana pun, ia tidak boleh berkapasiti penuh; yang dibenarkan ketika ini pun hanya 60 peratus sahaja.

“Kerana kos itu perlu ditanggung dan banyak perniagaan sekarang berjalan walaupun rugi,” kata Ameer.

Ditambah lagi dengan peningkatan harga barangan di peringkat global, mahu tidak mahu peningkatan kos perniagaan yang dialami oleh peniaga terpaksa juga dihadapi oleh pengguna, tambahnya.

Tegasnya, ia tiada kena mengena dengan kementerian tetapi semua ini adalah disebabkan oleh virus tersebut yang meruntuhkan kestabilan ekonomi dunia sejak hampir dua tahun lalu.

Jadi, kata beliau, selagi virus tersebut masih ada, setiap pihak berdepan dengan masalah dan cabaran masing-masing yang perlu diuruskan sebaiknya untuk terus hidup.

Tonton sesi penuh Dialog Tiga Penjuru bersama hos Dzulfitri Yusop, di sini:

Selagi COVID-19 ada, peningkatan kos bisnes tidak dapat dielak – Ameer Ali Mydin

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mental jangan koyak – TMJ (Video)

‘Siapa kecam aku, berdosa, berdosa’ – Lelaki tak jadi berbogel kerana JDT kalah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker