PRN Sarawak: GPS tampil 24 muka baharu

PRN Sarawak: GPS tampil 24 muka baharu

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyenaraikan 24 muka baharu termasuk seorang wanita selain mengekalkan sejumlah penyandang pada pilihan raya negeri (PRN) ke-12, 18 Dis.

Ketua Menteri, Abang Johari Openg, berkata GPS mengetengahkan muka baharu berusia antara 30-an hingga 40-an dengan memperkenalkan tema “Sarawak First”.

Beliau berkata, GPS akan bertanding di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mereka yang dipilih kali ini akan dilatih dan didedahkan dengan politik ala Sarawak.

“Politik Sarawak memperjuangkan masyarakat berbilang kaum, agama, budaya dan keturunan. Kedua, landskap politik hanya orang Sarawak dan sebagai itu GPS menggunakan tema tersebut.

“Selain itu, penerapan wawasan ekonomi baharu berteraskan digital ekonomi dan pengekalan alam sekitar,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan watikah kepada calon GPS PRN ke-12 di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera (PBB), Jalan Bako, Kuching.

Abang Johari berkata, GPS memberi pendedahan kepada orang muda kerana mereka mempunyai cara tersendiri.

“Sebab itulah, daripada senarai keseluruhan, kita mempunyai calon berusia 30 tahun, manakala calon wanita dalam lingkungan 32 hingga 33 tahun.

“Inilah GPS, apabila kita bercakap, kita buat. Orang muda mempunyai latar belakang berlainan yang boleh membawa kesinambungan untuk Sarawak,” katanya sambil memaklumkan kali pertama bertanding atas lambang GPS.

Dalam pada itu, Abang Johari memberitahu GPS akan mengumumkan manifestonya pada 8 Dis. FMT

PRN Sarawak: GPS tampil 24 muka baharu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki

Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker