Pesakit tulang menang saman

Pesakit tulang menang saman

London: Seorang wanita yang menghidap spina bifida menang saman berjuta-juta pound sterling terhadap seorang doktor kerana ‘membenarkan’ dia dilahirkan.

Evie Toombes, 20, memenangi saman difailkan terhadap seorang doktor yang menasihati ibunya bahawa wanita itu tidak perlu mengambil suplemen tambahan.

Suplemen itu dikatakan boleh menghalang kecacatan pada Evie.

Portal Mirror melaporkan Evie dilahirkan dengan spina bifida iaitu keadaan di mana tulang belakang dan saraf tunjang bayi gagal berkembang dalam rahim.

Ia menyebabkan jurang di tulang belakang dan Evie hidup dengan tiub sepanjang masa.

Walaupun dengan keadaannya itu, Evie, dari Skegness, Lincolnshire berjaya sebagai atlet dalam acara sukan lompat kuda (show jumping).

Dalam acara itu, wanita berkenaan bersaing sama ada dengan atlet kurang upaya dan atlet normal.

Dia memenangi Anugerah Orang Muda Inspirasi di acara amal Well Child pada 2018, dan muncul dalam rancangan ITV Hidden Disabilities: What’s The Truth? serta pernah bertemu dengan Putera Harry dan Meghan.

Spina Bifida (dalam bahasa Latin bermaksud tulang belakang terbelah). Ia adalah salah satu kecacatan sejak lahir dikenali sebagai kecacatan di tiub neural. Sebahagian atau keseluruhan tulang belakang tidak bercantum dengan sempurna dan menyebabkan saraf tunjang terdedah. Keadaan ini terjadi di awal kandungan, seawal bulan pertama kandungan.

Dia juga mendidik kanak-kanak mengenai penyakit itu dan bekerja di Universiti Nottingham.

Evie mendakwa Dr Philip Mitchell bertanggungjawab atas ‘konsep yang salah’ selepas gagal menasihati ibunya, Caroline Toombes untuk mengambil suplemen penting sebelum hamil.

Dia mendakwa, sekiranya dinasihatkan untuk mengambil suplemen itu sebelum hamil, ibunya akan melahirkan bayi yang ‘normal dan sihat.’

Ini diterima oleh sebuah mahkamah di London, yang mendengar saman berkenaan.

Tetapi, Dr Mitchell menafikan dakwaan itu dengan menyatakan dia memberikan Toombes ‘nasihat yang munasabah.’

Mahkamah Tinggi mendengar bagaimana Toombes yang berusia 50 tahun pergi melawat Dr Mitchell di Skegness untuk menjelaskan rancangannya untuk melahirkan bayi pertamanya pada Februari 2001.

“Ini adalah keputusan sangat penting untuk membina keluarga kerana dia sendiri kehilangan ibu bapanya ketika dia masih muda,” kata Rodway kepada hakim.

Tetapi walaupun membincangkan asid folik semasa perbincangan, Toombes menegaskan, dia tidak diberitahu oleh Dr Mitchell mengenai kepentingannya dalam mencegah spina bifida.

“Dia memberitahu saya bahawa ia tidak perlu,” kata Evie kepada hakim.

“Saya dinasihatkan jika saya mengamalkan diet yang baik, saya tidak perlu mengambil asid folik.”

Seorang saksi menegaskan, Dr Mitchell memberikan ‘nasihat yang munasabah’ mengenai suplemen asid folik. HM

Pesakit tulang menang saman


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki

Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker