AS hantar 94 pesawat pengintip ke Laut China Selatan

AS hantar 94 pesawat pengintip ke Laut China Selatan

Tentera Amerika Syarikat (AS) didakwa menerbangkan lebih banyak pesawat pengintip ke Laut China Selatan bulan lalu, selain pemantauan di laut.

Dakwaan itu adalah yang terbaru dibuat oleh sebuah badan pemikir China, susulan ketegangan semakin meningkat antara dua kuasa ekonomi terbesar dunia itu.

Pesawat AS didakwa melakukan 94 penerbangan pada bulan lalu, menurut Inisiatif Penyiasatan Situasi Strategik Laut China Selatan menerusi satu hantaran di akaun Weibo rasminya.

Ia adalah peningkatan 25 peratus berbanding rekod dicatatkan pada Februari lalu, menurut laporan agensi sama mengenai data kegiatan di perairan laut paling sibuk di dunia itu.

Boeing P-8 Poseidon, sebuah pesawat pengawasan anti-kapal selam dikesan melakukan purata empat daripada lima penerbangan di ruang udara perairan berkenaan pada bulan lalu, dakwa badan pemikir itu.

Pesawat AS didakwa paling banyak berlegar di perairan itu pada 4 November lalu, apabila negara itu menghantar 10 pesawat termasuk pesawat USS Carl Vinson, sekali gus mengatasi tujuh pesawat pada 23 Januari lalu, dakwa kumpulan pemikir itu.

Seorang jurucakap Armada Ketujuh memberitahu Bloomberg menerusi e-mel pada hari ini bahawa kapal dan pesawat tentera Laut AS beroperasi secara rutin di perairan antarabangsa Laut China Selatan.

Selain itu, pihaknya juga komited menyokong rangkaian pakatan dan rakan kongsinya serta berikrar memastikan Indo-Pasifik bebas lagi terbuka.

Kehadiran AS semakin meningkat sejak kebelakangan ini, seiring dengan tindakan China menghantar lebih banyak kapal tentera dan separa tentera selain bot nelayan yang kerap menceroboh kawasan perairan negara lain.

China menuntut hampir semua perairan yang menjadi laluan bagi perdagangan bernilai trilion dolar setiap tahun dengan persaingan daripada Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam.

Malah, Beijing juga bertindak mengabaikan keputusan Mahkamah Timbang Tara Tetap yang berpangkalan di The Hague pada 2017 bahawa tuntutan dibuat negara itu dibuat tanpa asas. BH

AS hantar 94 pesawat pengintip ke Laut China Selatan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki

Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker