Projek gerudi gunung berapi, saintis beri amaran ini projek ‘berani mati’

Mount Merapi, Indonesias most active volcano, spews ash and lava from its peak as seen from Sleman in Yogyakarta on November 21, 2021. (Photo by Agung Supriyanto / AFP) (Photo by AGUNG SUPRIYANTO/AFP via Getty Images)

REYKJAVIK, ICELAND – Sekumpulan saintis memberi amaran kepada pasukan penyelidik antarabangsa yang merancang untuk menggerudi terowong ke tengah-tengah gunung berapi aktif di Iceland kerana berisiko mencetuskan letusan besar, lapor akhbar Daily Star.

Rancangan menggali lubang sejauh 1.9 kilometer itu akan dilakukan di gunung berapi Krafla di timur laut Iceland.

Pasukan itu bagaimanapun tidak bertujuan mencari harta karun purba, sebaliknya ingin membina ‘balai cerap magma’ pertama di dunia bagi mengkaji batuan cair sepanas 1,300 darjah Celcius di bawah tanah.

Pasukan itu percaya bahawa mereka mungkin menemui sumber tenaga baharu dan membangunkan sistem amaran awal untuk letusan gunung berapi di seluruh dunia.

Bagaimanapun, langkah itu adalah berisiko kerana sedikit penggerudian yang kasar boleh mencetuskan letusan baharu secara tidak sengaja.

Projek Krafla Magma Testbed yang menelan belanja berjumlah AS$100 juta (RM422 juta) itu dilaporkan akan memulakan proses penggerudian pada 2024.

Projek gerudi gunung berapi, saintis beri amaran ini projek ‘berani mati’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Papan tanda Jawi: ‘Abang besar’ baru berdehem, Hang Soon laju bagi arahan

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker