Netizen bengang dengan pemilik anjing yang cuai

Sebaran :

Netizen bengang dengan pemilik anjing yang cuai

Gara-gara terlalu banyak kejadian kanak-kanak, wanita, golongan emas dan juga penghantar makanan atau parcel yang dikejar anjing atas kecuaian pemilik haiwan tersebut, warganet memohon pihak atasan melakukan sesuatu bagi menyelesaikan masalah itu.

Baru-baru ini tular sebuah klip rakaman seorang wanita yang cedera di bahagian tangan, kaki serta muka akibat dikejar anjing semasa ingin ke tempat kerja, kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah kilang yang terletak di Melaka.

Seorang pengguna TikTok, babahnadeen meluahkan perasaan tidak puas hatinya terhadap segelintir pemilik anjing yang tidak mempunyai sikap tanggungjawab dan cuai dalam menjaga haiwan tersebut.



“Aku nak pesan kepada sesiapa yang bela anjing, korang nak bela ikut korang tiada masalah kalau itu untuk keselamatan rumah korang, tetapi tolong ikat anjing tersebut kalau dah tahu anjing tu garang ke pagar rumah korang tu tutup.

“Kalau anjing tu dah kena kapak satu kali, masa tu la kau sibuk nak mengadu yang kau kena aniaya, pada hal kau tu yang tak cerdik. Nak jaga anjing, jaga betul-betul,” katanya dalam video yang disiarkan di TikTok.

Rata-rata netizen meluahkan perasaan marah mereka melihat terdapat golongan yang masih tidak bertanggungjawab dalam memelihara haiwan peliharaan, malah terdapat pengguna-pengguna laman sosial itu menceritakan pengalaman mereka dikejar haiwan tersebut.

“Aku pun biasa kena kejar anjing. Tambah area Serdang sana, anjing macam kucing weh dibiar je jalan-jalan area kawasan perumahan tu,” komen adibsyqi98.



“Betul bang mak dan adik kawan saya baru je lepas kemalangan dua hari lepas sebab anjing juga, teruk juga luka mak adik dia, patah tiga gigi,” komen aqmalfaez.

“Saya pernah kena kejar anjing kat Langat Ampang…anjing bela luar rumah bang…masuk longkang bang saya dengan motor,” komen nafi_2246.

“Jenis diorang ni jaga masa anjing tu kecik comel je…bila dah besar dia lepas macam tu. Kurang ajar betul,” komen arifflubis. Utusan

Netizen bengang dengan pemilik anjing yang cuai




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Tanah di Putrajaya atok beli berapa harganya?

Ain, bapa disaman guru berhubung isu jenaka rogol


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *