Kerajaan teruskan program pembangunan francais mikro – PM

Sebaran :

Kerajaan teruskan program pembangunan francais mikro – PM

KERAJAAN berhasrat meneruskan program pembangunan francais mikro dan mampu milik pada tahun hadapan, di samping memastikan lebih ramai menerima manfaatnya terutama dari kumpulan B40 dan M40, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata program pembangunan francais mikro dan mampu milik yang diperkenalkan kerajaan tahun ini dengan tujuan membantu golongan B40 dan M40 menceburkan diri dalam industri francais, telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

Katanya sehingga kini 144 permohonan daripada francaisor dan potensi francaisi bernilai lebih RM22 juta telah diterima untuk diproses bagi program di bawah seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu.



“Lapan francaisor dan 29 francaisi telah mendapat bantuan kerajaan menerusi program itu dengan peruntukan tahun semasa berjumlah RM4.5 juta,” katanya ketika berucap pada Majlis Malam Anugerah Francais Malaysia 2021 ke-23 (MAF 2021) hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pada 6 April lepas mengumumkan pakej geran program berkenaan yang bertujuan membangunkan lebih banyak pakej francais bernilai RM100,000 ke bawah, serta meningkatkan bilangan pemain industri fancais daripada golongan B40 dan M40.

Ismail Sabri berkata kejayaan program francais mikro dan mampu milik itu merupakan sebahagian daripada petunjuk prestasi utama (KPI) 100 Hari Jemaah Menteri yang dinilai di bawah Aspirasi Keluarga Malaysia.

Beliau berkata industri francais telah menyediakan lebih 80,000 pekerjaan dengan nilai sumbangan melebihi RM1.4 bilion dalam kitaran ekonomi setahun melalui pembayaran gaji kepada para pekerja di syarikat francais.



Sehingga 30 Nov (2021), nilai jualan industri francais telah mencecah RM14.6 bilion, peningkatan hampir 10 peratus berbanding tahun sebelumnya walaupun tahun kewangan semasa belum berakhir dan dunia masih berdepan pandemik COVID-19, katanya.

Beliau berkata Malaysia patut berbangga kerana jenama francais tempatan telah berjaya bertapak di lebih 70 negara dengan Arab Saudi menjadi negara terbanyak mempunyai outlet jenama francais Malaysia dengan sebanyak 744 outlet, diikuti Indonesia (670 outlet) dan Amerika Syarikat sebanyak 424 outlet. Utv

Kerajaan teruskan program pembangunan francais mikro – PM


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Tanah di Putrajaya atok beli berapa harganya?

Ain, bapa disaman guru berhubung isu jenaka rogol


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *