Jualan barangan keperluan asas Keluarga Malaysia dilancar esok

Jualan barangan keperluan asas Keluarga Malaysia dilancar esok

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan melancarkan program jualan barangan keperluan asas untuk Keluarga Malaysia di Pantai Dalam, Kuala Lumpur esok.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), program jualan itu melibatkan pelbagai barangan harian dengan harga antara 15 hingga 20 peratus lebih rendah dari pasaran.



Program inisiatif KPDNHEP ini akan turut melibatkan pelbagai agensi berkaitan perbekalan dan jualan keperluan asas.

“Agensi yang terlibat dalam menjayakan program ini termasuk agensiagensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan selain pelbagai syarikat swasta dalam rantaian pemborongan serta pengeluar barangan keperluan asas.

“Program ini adalah susulan langkah-langkah penguatkuasaan yang diambil oleh 2,300 anggota penguat kuasa KPDNHEP seluruh negara termasuk menggerakkan lebih 1,000 pegawai pemantau harga bagi mengawal 480 produk kawalan di premis seluruh negara,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas KPDNHEP, Antara barangan keperluan asas yang bakal ditawarkan ialah ayam proses standard, telur ayam, ikan segar dan sejuk beku seperti ikan kembung, selayang, selar, pelaling dan cencaru.



Sayuran pula termasuk cili merah, bawang besar, tomato, sayur berdaun, kubis dan kentang manakala barangan proses seperti sardin, susu pekat manis, kicap, sos cili dan tomato serta ikan bilis turut ditawarkan oleh sekurang-kurangnya 20 pengeluar dan pemborong utama barangan keperluan asas ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kementerian memahami apa yang diperlukan oleh rakyat adalah harga barangan yang mampu dimiliki dan memastikan tiada yang kelaparan di rumah.

“Harapan kami supaya inisiatif bersama ini dapat memberi manfaat kepada pengguna, terutamanya golongan B40,” katanya.

Alexander berkata, KPDNHEP di setiap negeri sudah diarahkan untuk bersiap sedia dan mengenal pasti lokasi yang bersesuaian bagi pelaksanaan program JKM ini di setiap negeri.



“Inisiatif ini akan turut diadakan di seluruh negara terutama di kawasan bandar besar, pinggir bandar dan pedalaman bagi membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup ekoran peningkatan harga barangan keperluan asas,” katanya. Utv

Jualan barangan keperluan asas Keluarga Malaysia dilancar esok


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Tanah di Putrajaya atok beli berapa harganya?



Ain, bapa disaman guru berhubung isu jenaka rogol



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker