Mengapa caj ujian saringan Covid-19 di lapangan terbang terlalu mahal?

Mengapa caj ujian saringan Covid-19 di lapangan terbang terlalu mahal?

Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) meluahkan keluhan mengenai caj ujian saringan Covid-19 untuk pelancong ke Malaysia kerana ia dilihat boleh menjadi penghalang kepada aktiviti pelancongan di negara ini.

Setiausaha Agung Matta Faeez Fadillah berkata, ia berlaku biarpun terdapat “penurunan ketara” dari segi harga di seluruh dunia sejak dua tahun lalu.



“Caj yang tinggi, ditambah pula dengan bilangan ujian yang terlalu banyak untuk masuk ke Malaysia serta tempoh kuarantin panjang pastinya akan menjadi penghalang kemasukan pelancong ke negara ini,” katanya.

Seorang sumber yang enggan dikenali pula mempersoalkan langkah kerajaan membenarkan monopoli oleh sebuah syarikat penjagaan kesihatan swasta untuk menyediakan perkhidmatan ujian saringan Covid-19 di lapan kemudahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2.

Dia turut mempersoalkan kenaikan harga yang “luar biasa” untuk ujian PCR di KLIA dan KLIA2 yang wajib untuk pelancong masuk ke negara ini.

Katanya, negara lain mengenakan caj lebih murah.



Ketika mula dilanda pandemik, kos ujian RT-PCR yang dilakukan di KLIA adalah USD36 manakala Singapura pula mengenakan bayaran USD117, Dubai USD100, Thailand USD90, Indonesia USD63 dan India USD60.

Bagaimanapun, caj ujian itu di KLIA kini antara USD60 dan USD90 untuk pelancong tempatan manakala USD88 hingga USD112 bagi pelancong asing dan semua ujian dilakukan oleh syarikat penjagaan kesihatan swasta.

Singapura kini mengenakan caj USD90, Thailand USD42 hingga USD48, Indonesia USD19 hingga USD21, Dubai USD13 dan India USD4.

“Kos untuk ujian RT-PCR di klinik biasa di Malaysia adalah di antara USD43 hingga USD60,” kata sumber itu.



“Dua harga yang berbeza untuk rakyat tempatan dan warga asing di lapangan terbang juga tidak masuk akal.”

Faeez berkata, ketika kebanyakan negara kini mula menggunakan ujian rapid antigen untuk pelancong luar namun Malaysia masih mengenakan syarat yang memerlukan sehingga tiga ujian RT-PCR sebelum membenarkan pelancong masuk ke negara ini.

Antara beberapa negara di rantau ini yang menggunakan ujian itu kepada pelancong asing ialah Singapura, Thailand dan Filipina. FMT

Mengapa caj ujian saringan Covid-19 di lapangan terbang terlalu mahal?




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Selepas siakap dan sotong kini muncul pula ‘Roti Canai Kayangan’ di Langkawi

Mampu Tiru Enam Bunyi Enjin Kereta 100% Real (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker