Pfizer mula hasil vaksin lawan Omicron

NEW YORK: Pfizer sudah mula menghasilkan vaksin Covid-19 yang disasarkan untuk mentang varian baharu, Omicron.

Langkah itu sebagai persediaan sekiranya vaksin sedia ada tidak mampu melawan jangkitan yang disebabkan oleh varian tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Albert Bourla berkata, pihaknya sudah mula menjalankan ujian vaksin sedia ada terhadap Omicron yang pertama kali dilaporkan di Afrika Selatan.



“Kesemua ujian yang dilakukan berkemungkinan menunjukkan vaksin sedia ada ‘kurang berkesan’, sekali gus kita perlu menghasilkan vaksin baharu yang lebih menyeluruh,” katanya.

Selain itu, Bourla optimis mengenai pil antiviral keluaran syarikat tersebut yang didakwanya berfungsi sebagai rawatan untuk jangkitan yang disebabkan oleh mutasi varian, termasuk Omicron.

Jelas beliau, pil tersebut terbukti berkesan mengurangkan kemasukan ke hospital atau kematian hampir 90 peratus.

Dalam perkembangan sama, Johnson & Johnson (J&J) juga memaklumkan mereka ‘berusaha hasilkan vaksin khusus untuk Omicron’.



Pfizer mula hasil vaksin lawan Omicron


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Peralihan ke fasa endemik ditangguh akibat varian Omicron



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker