Kulit, antara ciptaan Allah paling hebat tetapi banyak menanggung derita

Kulit, antara ciptaan Allah paling hebat tetapi banyak menanggung derita

Bagaimanakah rasanya kaki tertusuk duri pohon semalu? Bagaimanakah rasanya, tangan kita terkena air panas? Sejuk sangat ke suhu di Antartika? Selembut mana kain sutera?

Sakitlah! Panasnya! Sejuknya! Wah, lembutnya. Demikian reaksi kita apabila melalui peristiwa di atas. Semua reaksi in berlaku disebabkan tubuh kita dapat merasakan setiap apa yang kita sentuh. Kulit kita melalui deria rasa yang dikurniakan oleh Allah akan menghantar rasa yang berlaku di tubuh kita ke otak. Dan sekiranya kita berasa sakit, panas, sejuk dan sebagainya, maka otak akan menghantar arahan secara automatik dan pantas supaya mengalihkan tangan, kaki, atau tubuh kita.



Sebenarnya, adakah anda semua tahu, mengapa Allah menciptakan kulit? Dan lebih utama lagi, dalam kulit kita, terdapat reseptor yang menjaga diri kita dari bahaya panas, sejuk, tajam dan sebagainya.

Allah berfirman dalam surah an-Nisa’: 56,

“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar pada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka di dalam api neraka. Tiap- tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan kulit mereka dengan yang baru supaya mereka dapat merasa azab sengsara. Dan ingatlah, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.”

Mengapa dalam ayat ini Allah menyatakan kulit?



Kulit merupakan organ terbesar yang Allah ciptakan pada tubuh kita. Ia meliputi 16 peratus dari berat tubuh. Kulit bertindak sebagai rintangan di antara persekitaran luar dan dalam badan iaitu sebagai pemisah. Kulit berperanan melindungi otot dan organ manusia. Secara anatominya, kulit kita mempunyai tiga bahagian utama iaitu:

Epidermis – lapisan yang paling atas
Dermis – lapisan tisu di bawah epidermis
Subkutan – lapisan kulit paling bawah dan mengandungi banyak sel lemak

Di dalam lapisan dermis, diciptakan pula reseptor. Reseptor inilah yang berperanan untuk menerima segala jenis rasa yang dialami oleh anggota tubuh kita. Terdapat beberapa reseptor yang Allah ciptakan pada kulit kita. Antaranya ialah:

Mechanoreceptor – reseptor yang menerima rangsangan tekanan, sentuhan dan getaran
Thermoreceptor – reseptor yang menerima rangsangan suhu ( sejuk / panas )
Nociceptor – reseptor yang menerima rangsangan sakit



Walaupun terdapat banyak reseptor di kulit kita, namun, reseptor sakit paling menarik untuk dibincangkan. Hal ini kerana, setiap azab seksaan Allah pasti akan mengundang rasa sakit.

Jika ditinjau dari sudut neurologi, keupayaan reseptor sakit lebih tinggi berbanding reseptor-reseptor lain. Jadi, ia dapat mengesan stimulus yang melampau. Sebagai contoh, jika terdapat rasa yang panas, thermoceptor akan mengesannya. Namun, jika haba terlalu tinggi, (melampau) maka reseptor sakit pula yang akan terangsang.

Kulit bahagian tubuh yang diseksa?

Anatomi kulit telah membuktikan bahawa orang-orang yang kulitnya terbakar tidak merasakan sakit kerana hujung sarafnya rosak. Hal ini berbeza dengan orang yang terbakar kulitnya peringkat kedua, kerana ia akan mengalami rasa sakit yang amat kerana hujung sarafnya tidak rosak, tetapi agak terbuka (terdedah).



Selain dari itu, anatomi telah membuktikan, usus kecil juga tidak mempunyai reseptor. Namun, reseptor dapat ditemui antara peritoneum (lapisan membran yang melapik rongga abdomen) dan lapisan luar usus.

Allah menjelaskan dalam al Quran, kulit adalah bahagian tubuh yang akan menerima azab seksaan. Hal ini kerana terdapat hubungan yang sangat rapat antara kulit dan rasa sakit. Allah juga telah mengingatkan, semasa menerima seksaan di neraka, kulit kita akan diganti dengan yang baru setiap kali kulit yang terbakar akibat seksaan hancur. Melalui cara ini, manusia yang ingkar akan sentiasa merasakan pedihnya seksanya azab Allah. Naudzubillah!

Rasa sakit didefinisikan sebagai suatu deria dan pengalaman emosi yang tidak disenangi, yang berasal dari stimulus yang dapat menyebabkan kecederaan atau yang berpotensi menyebabkan kecederaan pada tubuh. Rasa sakit merupakan amaran kepada kita bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada tubuh kita.

Kadang-kadang, dalam menghadapi kesakitan, kita mengeluh seolah-olah tidak reda dengan ketentuan Tuhan. Dan yang lebih menyedihkan, ada yang memaki Tuhan di atas sakit yang menimpa. Utv



Kulit, antara ciptaan Allah paling hebat tetapi banyak menanggung derita

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen undi Bell Ngasri macam YB nak pilihan raya



Rozita miliki rumah 7 bilik di London

DJ Ismahalil menangis sujud syukur, bebas, lepas edar dadah

Pelanggan ‘melompat’ bayar nasi padang harga kayangan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker