Ronaldo tuduh penganjur Ballon d’Or berbohong

Ronaldo tuduh penganjur Ballon d’Or berbohong

Cristiano Ronaldo akhirnya bersuara selepas memilih untuk tidak menghadiri majlis Ballon d’Or 2021 di Paris, dengan Lionel Messi dinobatkan pemenang buat kali ketujuh.

Bintang Manchester United berusia 36 tahun itu, memenangi lima gelaran berkenaan sepanjang kariernya, kini dua di belakang pesaingnya itu.

Awal minggu ini, Pascal Ferre, ketua pengarang majalah France Football yang menganjurkan anugerah berkenaan, mendakwa Ronaldo pernah memberitahunya yang matlamat utama kariernya adalah memenangi lebih banyak Ballon d’Or daripada Messi.

Namun Ronaldo tampil menjelaskan Ferre berbohong semata-mata mahu mempromosi majalahnya.

“Ronaldo hanya mempunyai satu cita-cita, dan ia adalah bersara dengan lebih banyak Ballon d’Or berbanding Messi. Saya tahu kerana dia yang memberitahu saya,” kata Ferre.

Kenyataan Ferre itu dibidas Ronaldo menerusi laman Instagramnya.

“Keputusan hari ini menjelaskan tujuan kenyataan Pascal Ferre minggu lalu, di mana dia mendakwa saya memberitahunya yang cita-cita saya adalah menamatkan karier dengan memenangi lebih Ballon d’Or berbanding Lionel Messi.

“Pascal Ferre bohong, dia menggunakan nama saya untuk mempromosi dirinya dan penerbitan tempat dia bekerja.

“Sukar untuk menerima seseorang yang bertanggungjawab untuk anugerah berprestij begini sanggup berbohong dengan cara ini. Ia langsung tidak menghormati seseorang yang sentiasa menghormati France Football dan Ballon d’Or.

“Dia berbohong lagi hari ini, mengatakan ketiadaan saya di Gala kerana kuarantin yang tidak wujud.

“Saya sentiasa mahu mengucapkan tahniah kepada mereka yang menang, atas dasar semangat kesukanan dan fair play yang menjadi pendorong kepada karier saya, dan saya lakukannya kerana saya tidak pernah bermusuh dengan sesiapa.

“Saya sentiasa menang untuk diri saya dan untuk kelab yang saya wakili. Saya menang untuk diri saya dan mereka yang menyayangi saya. Saya tidak menang untuk menentang sesiapa.

“Cita-cita paling besar dalam karier saya adalah untuk menang di peringkat kebangsaan bagi kelab yang saya wakili dan di peringkat antarabangsa untuk negara saya.

“Cita-cita paling besar dalam karier saya adalah menjadi contoh yang baik buat semua yang mahu menjadi pemain bola sepak profesional. Cita-cita paling besar dalam karier saya ialah meninggalkan nama saya dalam abjad emas dalam sejarah bola sepak dunia.

“Saya akhiri dengan mengatakan fokus saya ialah untuk perlawanan Manchester United seterusnya, bersama rakan sepasukan dan peminat, kami masih mampu mencapainya musim ini,” kata Ronaldo. BH


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Buli jalan raya rampas beg tangan (Video)

Satu Malaysia kena ‘game’ dengan Tauke

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker