Polis minta pemandu lori beri durian

Lori muatan durian itu ditahan anggota polis di tepi jalan raya. – Instagram.

JAKARTA – Seorang pemandu lori tular di media sosial kerana buah durian yang diangkutnya telah diminta oleh anggota polis setelah lorinya ditahan di jalan raya, lapor laman berita Suara.com semalam.

Kejadian itu dimuat naik menerusi satu klip video di Instagram oleh akaun bernama @andreli_48 dengan kapsyen ‘Masih ingat semalam bawang, kali ini durian’.

Setelah lorinya ditahan, pemandu itu menunjukkan susuk tubuh anggota polis itu melalui cermin pandang belakang yang menunggu diberikan buah itu.

‘’Disebabkan bawa durian dan diminta oleh mereka, tidak disaman, tidak dilakukan apa-apa,’’ kata pemandu itu.



Netizen mula membajiri ruangan komen.

“Mungkin nak durian pak, sedih,” kata seorang netizen.

‘’Kalau sekarang yang disaman, barang bawaannya ya, bukan kenderaan,’’ kata netizen lain. – Agensi

Polis minta pemandu lori beri durian




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Guru pun bimbang silibus darjah satu macam tingkatan satu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker