KKM sahkan buat masa ini tiada varian Omicron dikesan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan varian Omicron dikesan di Perak.

Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menerusi kenyataannya berkata, KKM menjelaskan bahawa tiada varian tersebut ditemui di negara ini.

“Hentikan penyebaran maklumat daripada sumber tidak sahih yang boleh menimbulkan kebimbangan dan keresahan dalam kalangan masyarakat sebaliknya merujuk media sosial rasmi KKM untuk mendapatkan maklumat sahih,” katanya pada Selasa.

Sebelum ini tular di media sosial varian Omicron yang mempunyai 32 mutasi spike protein iaitu dua kali ganda lebih banyak daripada varian Delta dikesan di negeri Perak.

KKM sahkan buat masa ini


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


AstraZeneca Sedia Hasilkan Vaksin Terbaru Kekang Varian Omicron

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker