Pemilik kedai lapor pelanggan kepada pejabat agama (Video)

Pemilik kedai lapor pelanggan kepada pejabat agama (Video)

Sepasang suami isteri terkejut apabila pintu bilik hotel mereka diketuk pihak jabatan agama Islam sekitar pukul 4 pagi.

Menurut perkongsian si suami yang menggunakan akaun TikTok @Zed Rodzua semalam, dia mendakwa insiden tersebut adalah angkara laporan dibuat seorang mak cik yang juga pemilik sebuah kedai makan.



Dakwanya, mak cik tersebut tidak berpuas hati terhadapnya dan isteri kerana beralih meninggalkan kedai makan milik wanita itu gara-gara pesanan mereka lambat dihantar meskipun sudah menunggu sejam.

“Alkisah kami makan kat kedai mak cik itu, lepas itu dia ‘sidai’ kami sejam tak dapat makanan, jadi kami letak duit atas meja dan pergi dari situ sebab kebulur dari siang tak makan dan gerak kedai mamak sebelah. Jadi bermulalah segala tragedi.

“Sekarang ini mak cik itu tak puas hati, datang cari kami di kedai mamak kemudian ambil gambar rakam semua cakap terima kasih la buat mak cik macam ini,” katanya menerusi video yang dimuat naik.

Tambah lelaki itu, babak ‘drama’ mak cik tersebut tidak berakhir di kedai mamak, malah wanita terbabit turut meminta seorang lelaki yang didakwa suaminya mengekori dia dan isteri sehingga ke bilik hotel.



“Sekarang ini cerita dia mak cik itu tak puas hati lagi, dari kedai mamak tadi dia hantar laki (suami) dia pergi spy (intip) kami masuk dalam bilik hotel ini.

“Kau (mak cik) dah menyusahkan aku, datang melancong, pukul 4 pagi tengah tidur kena ketuk,” luahnya dengan geram.

Perkongsian lelaki itu ternyata menjadi tular sehingga meraih lebih tiga juta tontonan dalam tempoh 24 jam.

Menjengah ke ruangan komen, ramai meminta lelaki tersebut mendedahkan kedai makan wanita itu dan mengecam tindakan si pemilik kedai.



“Tunjuk kedai mak cik itu. Dia yang salah tak reti jaga pelanggan, dia pula nak marah. Kalau jadi pada aku, duit pun aku tak tinggal atas meja, kira baik la abang ni tinggalkan duit sebagai ganti rugi pergi kedai makan lain,” kata Mohd. Syukri.

“Sakit hati betul kena macam itu tapi silap orang la nak buat aduan. Kawan itu dah kahwin,” komen Sab.

Selain itu, ramai juga yang berseloroh meluahkan rasa risau sekiranya mereka berada dalam situasi sama kerana tidak memiliki kad nikah seperti mana ditunjukkan lelaki tersebut kepada pegawai pejabat agama.

“Kalau tak ada kad nikah itu macam mana? Sebab kakak dah nikah 18 tahun tak buat-buat lagi,” kata Hani Lin.



“Mujur ada kad nikah nak tunjuk bukti, saya dan suami dah anak tiga pun tak buat-buat kad nikah, mahu gelabah kami kalau kena scam dengan mak cik macam ini,” seloroh Faridah. K Online

Pemilik kedai lapor pelanggan kepada pejabat agama (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Danny-Fateha, kenal 5 hari, nikah dua minggu akhirnya bercerai

Masya Masyitah tayang paha pulak, siap peluk siapa tu?



Kisah dicintai Azwan Ali, respon Ziana Zain memang ‘deep’

Silap-silap PH/BN yang menang 6-0 atau menang 5-1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker