UMNO Dan Kerajaan Baharu?

oleh Ab Jalil Backer

Polemik sama ada wajar atau tidak UMNO menyertai kerajaan baharu tanpa Anwar Ibrahim dan DAP akan berterusan sehinggalah beberapa bulan lagi.

Pas telah memberi komitmen menyokong Dr Mahathir jika berlaku pergelutan kuasa dalam kerajaan.

Dalam UMNO masih berbelah bagi kerana kebanyakan daripada kita memberi pandangan berasaskan sentimen kepuakan, naungan kepimpinan, politik kebencian dan sikap riak atas kepercayaan akan menang dalam PRU akan datang.

Sepatutnya untuk menyokong atau tidak pembentukan kerajaan baharu ia harus berasaskan fakta di mana UMNO akan berada dalam kerjasama tersebut.

Jika UMNO akan mempunyai kuasa hampir sama seperti dahulu mengapa tidak?

Mengapa perlu tunggu pilihan raya akan datang jika perubahan dalam kerajaan boleh dibuat dalam masa beberapa bulan akan datang.

Setiap hari kita bercakap soal penghakisan kedudukan Islam, Melayu, Bumiputera dan kemusnahan ekonomi negara.

Kita tidak pasti apa yang akan berlaku sepanjang tiga tahun lagi.

Justeru jika ada peluang membuat perubahan segera melalui perlembagaan ia sesuatu yang harus diambil.

Namun jika penyertaan UMNO dalam kerajaan baharu sekadar melukut di tepi gantang, tidak mampu bersuara untuk membuat apa-apa perubahan lebih baik, maka lupakanlah sahaja.

Jadi soal sama ada UMNO sewajarnya menyertai kerajaan atau tidak, melalui jalan Perlembagaan, hanya boleh diputuskan oleh kepimpinan UMNO berdasarkan di mana kuasa dan kedudukan UMNO dalam kerajaan baharu.

Jika semuanya dilontarkan kepada ahli bawahan tanpa petunjuk yang jelas maka berperang sesama kita sahaja.

Pada hemat saya dalam jangka masa panjang politik orang Melayu harus bergerak dan berkompromi ke arah dua parti sahaja supaya ada ‘check and balanced’ iaitu Umno dan Pas.

Kumpulan-kumpulan serpihan lain ini kena berlapang dada bubar dan sertai dua parti ini.

Dua parti ini pun kena berlapang dada menerima kumpulan-kumpulan serpihan ini.

Politik kebencian sesama melayu Islam ini tidak berfaedah langsung kepada perkembangan Islam di negara ini dan kepentingan masyarakat Melayu.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker