Rafidah desak SPRM siasat Prasarana tapi pasal Zeti kenapa tak suruh?

Rafidah: SPRM perlu siasat dakwaan Prasarana tahan bayaran pada firma LRT3

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat dakwaan cubaan melantik subkontraktor baru bagi projek LRT 3 yang kini sedang berjalan, kata bekas menteri, Rafidah Aziz.

Mengulas laporan Malaysiakini mengenai tindakan pemilik projek LRT3, Prasarana Malaysia Bhd menahan bayaran kepada kontraktor turnkey MRCB-George Kent, Rafidah berkata tuduhan berkenaan, termasuk terhadap pengerusi syarikat Tajuddin Abdul Rahman mesti disiasat kerana isu itu melibatkan dana awam.

“Terdapat aduan mengenai menahan pembayaran. Juga pelantikan subkontraktor baru.

“Ini seperti tersasar, bahkan menyimpang dari ketelusan mengenai pelantikan tersebut,” katanya kepada Malaysiakini.
—————————————
Pelik juga kenapa Rafidah tidak desak SPRM siasat juga dakwaan keluarga Zeti menerima dana 1MDB.

Baru-baru ini, blog MalaysiaToday, yang dikendalikan Raja Petra Kamaruddin mendakwa beberapa ahli keluarga Zeti, termasuk suami dan anaknya, menerima lebih RM100 juta daripada ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho, yang didakwa mendalangi skandal 1MDB.

Sah! Ahli keluarga Zeti mengaku terima wang 1MDB

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker