Polis surai orang ramai himpun sambut tahun baharu

 

KUALA LUMPUR: Polis terpaksa menyuraikan orang ramai yang berhimpun untuk menyaksikan pertunjukan bunga api dan ‘countdown’ sambutan tahun baharu 2021 di dataran Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini.

Rata-rata pengunjung terbabit tidak mengetahui bahawa tiada pertunjukan bunga api di lokasi berkenaan seperti kebiasaan tahun sebelum ini kerana tidak mendapat kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berikutan pandemik COVID-19.



Justeru kira-kira jam 11.30 malam tadi, anggota polis terpaksa menyuraikan orang ramai yang semakin bertambah dan enggan berganjak dari situ.

Malah, polis juga terpaksa mengambil tindakan sama di kawasan taman terbabit di mana masih ramai yang menunggu dan bersantai.

Dalam pada itu, tinjauan BH mendapati jalan masuk ke ibu negara sesak sejak jam 10 malam, dipercayai berikutan orang ramai mahu menyertai ‘countdown’ tahun baharu.

Keadaan trafik turut sesak dengan ramai meletakkan kenderaan di tepi jalan sekitar KLCC bagi menunggu ketibaan detik jam 12 tengah malam.



Keadaan itu jelas berbeza berbanding ketika tinjauan kira-kira jam 8 malam tadi yang menyaksikan kawasan sekitar ibu negara lenggang, termasuk di Dataran Merdeka yang ditutup Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

 

UMNO Dan Kerajaan Baharu?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker