Beyoncé dikaitkan dengan PAS

Pengguna X Malaysia membuatkan pasukan media sosial Beyoncé Knowles kebingungan.

Ini selepas sebilangan besar pengguna meninggalkan komen politik – kebanyakannya berkaitan dengan PAS – pada bebenang hantaranTwitter yang mempromosikan konsert Jelajah Dunia Renaissance Beyoncé.

Bebenang komen itu bermula dengan catatan pada 20 Sept memaparkan gambar Beyoncé yang memakai pakaian kulit ketat berwarna hijau dengan latar belakang hijau sambil memegang sfera putih yang besar.

Beberapa netizen Malaysia mendapati imej itu melucukan kerana ia seakan logo PAS.

“Apakah maksud komen di bawah hantaran ini,” soal akaun Twitter rasmi konsert Beyoncé itu @RenaissanceWT hari ini.

@RenaissanceWT merujuk kepada balasan kepada bebenang pada 20 Sept yang mengandungi komen disertai gambar ikonik penyokong dan pemimpin PAS.

Ini termasuk gambar penyokong PAS berarak dengan pedang replika serta gambar replika kereta kebal dan kapal perang semasa kempen pilihan raya.

Beberapa netizen menyindir menyatakan bahawa konsert jelajah dunia baru Beyoncé itu menunjukkan “gelombang hijau” kini menjadi fenomena global.

Ramai pengguna Twitter juga menggesa PAS untuk merekrut penyanyi terkenal dunia itu sebagai ahli parti itu.

Sebahagian besar hantaran Twitter ini merujuk kepada PAS yang terkenal dengan sikap keras membantah konsert terhadap artis asing yang membuat persembahan di Malaysia.

Baru-baru ini, beberapa pemimpin PAS menentang rancangan Coldplay membuat persembahan di Kuala Lumpur pada November.

Konsert Jelajah Dunia Renaissance ialah persembahan berterusan Beyoncé yang bermula pada bulan Mei melibatkan Eropah dan Amerika Utara.

Jelajah ini adalah untuk menyokong album studio ketujuhnya Renaissance.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai

Malu apa Ketua Pembangkangku

Bakal suami Puteri Sarah?

Nelissa trauma diraba di set penggambaran

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker