‘Vaksin’ perkataan pilihan 2021
MOSCOW – Merriam-Webster pada Isnin memilih perkataan ‘vaksin’ sebagai perkataan pilihan tahun ini, lapor Sputnik.
Menurut syarikat kamus Amerika Syarikat itu, ‘vaksin’ mengatasi perkataan ‘pandemik’ yang terpilih sebagai perkataan pilihan pada 2020.
Orang ramai mencari maksud perkataan vaksin sebanyak 601 peratus lebih kerap berbanding 2020.
Bagaimanapun minat terhadap perkataan itu semakin meningkat sejak permulaan pandemik Covid-19.
Pencarian perkataan itu melonjak sebanyak 535 peratus pada Ogos ketika kerajaan Amerika membahaskan kelulusan vaksin serta kadar vaksinasi dan kadar pencarian maksud berkenaan kekal stabil sehingga lewat musim luruh.
Merriam-Webster turut mengemas kini definisi perkataan bagi memberikan takrifan nuansa yang lebih menyeluruh dan kini menggambarkan penggunaan mRNA (molekul asid ribonukleik) dalam pengeluaran vaksin.
Pada Oktober, The Oxford English Dictionary memilih perkataan “vax” sebagai perkataan tahun ini.
Perkataan vaksin dan terbitannya, berasal daripada perkataan Latin ‘vacca’ yang bererti lembu kerana penyakit cacar lembu (cowpox), digunakan untuk memberikan imunisasi kepada manusia daripada penyakit cacar (smallpox). – Bernama
‘Vaksin’ perkataan pilihan 2021
Baca Artikel Menarik:
- Kerajaan dulu tegang, kerajaan kini tenang
- Wanita dipaksa kahwin maut kena siram asid
- Polis serbu majlis pendaftaran kongsi gelap
- Kerana Muhyiddin, prestasi ekonomi negara buruk berbanding negara jiran
- Sakarstik Zahiril ajak Amerul Affendi beli pengikut di Shopee
- Kailan ikan masin kayangan, KPDNHEP beri tempoh 2 hari buat penjelasan
- Syok Sendiri Jadi Hero Hindustan, Shah Rukh Khan ‘Copy ORI’ Buat Ramai Netizen Gelak [VIDEO]
- Empat beranak rosakkan kereta ditangkap (Video)
- Wanita tertembak ‘karipap’ sendiri
- Pukul, seret hingga mati
- Baby bump Mira Filzah, netizen ucap tahniah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.