Malaysia mahu teruskan balik projek HSR

Malaysia mahu teruskan balik projek HSR

Lepas bayar pampasan RM300 juta oleh pentadbiran Muhyiddin, M’sia nak teruskan balik projek HSR di bawah pentadbiran Ismail Sabri.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan projek kereta api laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura diteruskan, kata rakan sejawatnya daripada Singapura Lee Hsien Loong.

Perdana menteri sebelum ini Muhyiddin Yassin membatalkan projek itu dan membayar pampasan RM320 juta kepada Singapura.

Lee berkata cadangan meneruskan projek itu dibangkitkan kepadanya dalam pertemuan dengan Ismail di Singapura hari ini.

Lee berkata, walaupun kedua-dua negara bersetuju membatalkannya sebelum ini, Singapura terbuka dengan cadangan baru Malaysia dan menteri pengangkutan masing-masing akan membincangkannya.

“Singapura menanti maklumat lanjut daripada Malaysia supaya kita dapat kaji dan pertimbang semula – bermula daripada wal,” Lee dipetik sebagai berkata oleh Bernama. Mk

Malaysia mahu teruskan balik projek HSR


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Buli jalan raya rampas beg tangan (Video)

Satu Malaysia kena ‘game’ dengan Tauke

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker