Nga Kor Ming dan DAP jangan cuba bermain dengan api

Ahli Parlimen DAP, Nga Kor Ming memohon Timbalan Menteri Pendidikan I, Senator Datuk Dr Mah Hang Soon mengambil tindakan tegas terhadap Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang.

Ia susulan tindakan jabatan itu menggantikan tulisan Cina pada papan tanda sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dengan tulisan Jawi.

Dalam masa sama, Kor Ming turut meminta jawapan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang merupakan Ahli Parlimen bagi kawasan di Pahang iaitu Bera.

Memetik laporan Malaysiakini, Pengerusi DAP Perak itu menggesa Putrajaya menghormati identiti SJKC dengan berkata, isu papan tanda Jawi bertentangan dengan slogan Keluarga Malaysia kerajaan Persekutuan.

Dalam perkembangan sama, Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Wong Kah Woh pula menyifatkan tindakan tersebut sebagai tanda tidak hormat kepada masyarakat Cina Malaysia.

Ahli Parlimen Ipoh Timur itu membandingkan isu berkenaan dengan kontroversi baru-baru ini seperti langkah kerajaan Kedah mengharamkan perjudian dengan tidak lagi memperbarui lesen kedai loteri.

“Berbilang kaum dan agama merupakan aset kepada Malaysia. Jika negara berhasrat untuk maju, mengekalkan keharmonian antara kumpulan etnik dan agama menjadi asasnya.

“Bagaimanapun, kerajaan hari ini telah memilih untuk memusnahkan asas pembinaan negara ini dengan mengubah negara daripada masyarakat yang pelbagai kepada masyarakat yang homogen,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Hang Soon mengarahkan JPN Pahang membina papan tanda baru yang mengandungi aksara Cina dan Tamil di semua papan tanda nama sekolah berkenaan.

“Pengarah bersetuju (dengan cadangan saya) dan juga bersetuju membenarkan kontraktor mengeluarkan papan tanda baru dengan nama Cina dan Tamil untuk sekolah Cina dan Tamil.

“JPN akan memasangnya selepas papan tanda baru siap,” katanya.

Perkara berkenaan berpunca daripada dasar kerajaan Pahang di mana papan tanda agensi kerajaan perlu mengandungi tulisan Jawi.

Sinchew Daily melaporkan JPN Pahang membekalkan papan tanda sedemikian kepada dua sekolah – SJKC Yoke Hwa dan SJKC Kee Wha, awal November.

Papan tanda itu mengandungi nama sekolah SJKC dalam Bahasa Melayu dan tulisan Jawi, tetapi tidak dalam aksara Cina.

Lima sekolah SJKC di Kuantan juga dikatakan akan diberikan papan tanda oleh lembaga tersebut.

Lima sekolah yang dilaporkan itu ialah SJKC Puay Chai, SJKC Kong Min, SJKC Semambu, SJKC Chung Ching 2 dan SJKC Yoke Shian.

Nga Kor Ming dan DAP jangan cuba bermain dengan api


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DAP mahu status Bumiputera? Bersedia gugur sekolah vernakular?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker