Isu perkasa TH, Mahkamah Syariah antara cadangan PEMBELA kepada Menteri Agama

Sebaran :

SEMALAM berlangsungnya sesi Menteri Agama bertemu dengan NGO-NGO Islam dalam sidang Majlis Amal Islami Malaysia. Alhamdulillah, saya dapat berpeluang untuk mengutarakan cadangan kami dari pihak PEMBELA.

Antara perkara penting yang saya utarakan ialah:

1. Tabung Haji perlu diperkasa dan terus dipelihara.

Kerjasama strategik antara Pejabat Menteri Agama dan NGO-NGO Islam perlu dipertingkat dan diperkasa. Sebagai contoh, kita telah menjadi ‘whistleblower’ bagi skandal penjualan tanah milik TH yang berjaya dihentikan setelah kita menghantar laporan dan bukti kepada SPRM dengan kerjasama pejabat Menteri Agama.



Selain itu, isu cadangan perletakan TH di bawah Bank Negara Malaysia dan cadangan menukar status sebagai entiti kewangan setaraf seperti bank semata-mata juga telah dibangkitkan semula kerana sehingga hari ini, kita tidak tahu apakah perkembangan terkini; apakah ditangguh, ditarikbalik, atau lebih teruk diteruskan senyap-senyap.

2. Pemerkasaan Mahkamah Syariah.

Kita telah membangkitkan bahawa kertas kerja pemerkasaan mahkamah syariah ini sudah lama siap, iaitu lebih kurang 10 tahun (zaman BN) yang lalu tetapi tidak dilaksanakan entah kenapa.

Kita mohon menteri yang baharu cari semula kertas kerja ini jika ‘hilang’. Kita juga sudi membantu.



3. Pembentukan Suruhanjaya Kedaulatan Agama Negara

Cadangan supaya suruhanjaya ini ditubuhkan dengan diselia di bawah pejabat Menteri Agama bagi memastikan Islam sebagai Agama Persekutuan dipelihara dari terus dihakis dan dicabar. Difahamkan kertas kerja juga sudah siap 10 tahun yang lalu, tetapi tiada Menteri Agama yang berjaya melaksanakannya.

Alhamdulillah, Menteri Agama, YB Senator Idris Ahmad menyambut saranan ini dengan baik. Kita harap ianya jadi kenyataan, tidak tergantung lagi sebagai kertas kerja semata-mata dan bebas dari campur tangan politik.

Saya harap kita dapat bertemu lagi untuk membincangkan mengenai 3 agenda ini dengan serius dan strategik.



Haji Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
29 November 2021


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Syed Saddiq balun ‘Menteri Agama’, tunggu pilihanraya baru nak beradab?


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *