Wanita Curi RM2.9 Juta Untuk Main Permainan Judi Online Yang Tidak Berbaloi

Wanita Curi RM2.9 Juta Untuk Main Permainan Judi Online Yang Tidak Berbaloi

SEORANG wanita mengaku bersalah atas tuduhan penipuan selepas menggunakan kedudukannya sebagai pengurus akaun di sebuah hospital veterinar untuk mencuri kira-kira RM2.9 juta ($680,000) yang dia belanjakan sepenuhnya untuk bermain permainan perjudian mudah alih yang tidak menawarkan imbuhan wang sebenar.

ABC melaporkan Rachel Naomi Perri, dari Tasmania, Australia, hadir ke mahkamah pada hari Isnin dan dia menghadapi “25 pertuduhan penipuan berkaitan komputer dan satu pertuduhan penipuan”.

Dia didakwa melakukan 475 “urus niaga penipuan” selama tiga tahun semasa dia bekerja di hospital (2016-2019) dan mencuri sejumlah RM2.9 juta (USD$680,000).

Perri didakwa mengalami ketagihan bermain permainan Heart of Vegas, iaitu sebuah portal perjudian dalam talian yang tidak menyediakan imbuhan wang sebenar.

Perri juga telah membelanjakan $30,000 menggunakakan kad kredit milik suaminya tanpa kebenaran.

Mahkamah diberitahu dia juga “membuat beberapa kad kredit dan pinjaman peribadi” untuk berjudi.

Dia mengaku bersalah atas tuduhannya.

Selama tiga tahun, Perri telah berjaya melepaskan diri sehinggalah apabila dia diberhentikan pada 2019, barulah doktor haiwan itu menemui sesuatu yang luar biasa pada penyata perbankan mereka.

Dia dikatakan mengambil wang dan memasukkannya ke dalam beberapa akaun bank, kad kredit dan pinjaman peribadi atas namanya.

Dia akan dijatuhkan hukuman bulan depan. –The Vigilante News

Wanita Curi RM2.9 Juta Untuk Main Permainan Judi Online Yang Tidak Berbaloi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Maradona Dikebumikan Tanpa Jantung, Mahu Elak Dicuri Oleh Peminat

Isteri pukul suami ketika ditemu bual wartawan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker